UTM melalui Pejabat OSHE UTM mengorak langkah kehadapan dengan menubuhkan satu pasukan khas Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Alam Sekitar – yang mana mengumpulkan ahli-ahli dalam bidang pengurusan cerobong, STP/OTP, buangan sisa terjadual, kualiti air sungai serta kelestarian kampus. Ianya adalah gabungan dari pelbagai kepakaran & jabatan antaranya pesyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Pusat Pengurusan Makmal Universiti, Sustainability Unit, Seksyen Penyelenggaraan & Pengubahsuaian serta wakil dari UTM Pagoh.
Ada dua lantikan dari CMU untuk jawatankuasa ini, iaitu saya sendiri serta Puan Norlin selaku individu kompeten CePSWaM. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hadir ke Bengkel Pengukuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Alam Sekitar pada 21 September 2022 untuk bersama-sama berkongsi tentang progress pengurusan buangan terjadual universiti kepada semua AJK. Bertempat di Pulai Spring Resort, objektif utama bengkel dianjurkan adalah untuk melengkapkan satu legal register berkaitan Alam Sekitar, bagi mematuhi undang-undang di bawah penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar.
Pelbagai isu juga dibincangkan bersama AJK didalam bengkel ini. Dapatlah tambah pengetahuan tentang bidang lain seperti kaedah pemeriksaan kualiti air sungai dan kaedah mengambil bacaan jumlah udara.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung :
Sepatutnya ada lawatan ke UTHM pada 21 September. Namun lawatan terpaksa ditangguhkan kerana isu pengangkutan yang digunakan oleh atlet UTM ke SUKUM di UPM. InsyaAllah tak sabar juga nak melawat UTHM nanti untuk belajar tentang pengurusan mereka di sana.
Sekian dulu, assalamualaikum wbt.