“Terima Kasih itu Mahal Harganya”

Terima kasih itu mahal harganya. Ya. Lebih-lebih lagi bagi seorang pendidik.

Ucapan terima kasih dari para pelajar sudah cukup membuat diri seorang pendidik itu rasa dihargai.

Nampak simple bukan? Tapi cukup bermakna.

Kerna rasa bahagia seorang pendidik bukan bila diberikan hadiah. Bukan juga bila dirinya disanjung. Tapi rasa bahagia seorang pendidik itu apabila para pelajarnya beradab di atas ilmu.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jaelani pernah berkata:

Aku lebih menghargai orang yang beradab, daripada orang yang berilmu.”

Seharusnya ilmu tidak menjadikan seseorang itu sombong. Malah lebih bahagia bila ilmu itu diamalkan. Namun adab tanpa ilmu seperti jasad tanpa ruh. Maka kedua-duanya perlu seimbang.

Sebagai seorang pendidik, aku pegang pada kata-kata:

Biar penat berdiri,
Jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk,
Jangan lelah membentuk.

Terima kasih anak muridku. Tanpa kalian, tiadalah aku bergelar pendidik.

-effymuin-