PERKONGSIAN ILMU OLEH PEMENANG WEBOMETRIC 2019 – KATEGORI INDIVIDU

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim)

Pada 30 Julai 2023 (Ahad) bertempat di Makmal Komputer LAD, Aras 3, Blok B08, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah diadakan Sesi Perkongsian Ilmu oleh Pemenang Webometric 2019 – Kategori Individu iaitu MEJAR DR. WAN IBRISAM FIKRY BIN WAN ISMAIL.

Berkemeja Putih – Mejar Dr. Wan Ibrisam Fikry bin Wan Ismail

Perkongsian ini amat bermakna bagi seorang ‘newbie’ untuk mengetahui keperluan dan kebaikan dalam penulisan webometric. Menurut Dr. Wan Ibrisam, penulisan di webometric ini mampu menyumbang kepada markah bonus dalam sistem e-LPPT. Markah bonus ini boleh membantu staf akademik untuk menaikkan markah semasa penilaian prestasi setiap tahun.

Memang tidak dinafikan, menulis ini ada pelbagai tujuan.

Bagi seorang ahli akademik, penulisan dalam penerbitan berimpak adalah satu keperluan. Penulisan itu memerlukan pemikiran yang kritis bagi menghasilkan fakta.

Namun, penulisan webometric bersifat lebih santai. Ia boleh dijadikan terapi dalam meluahkan perasaan. Perasaan yang dipendam dilubuk hati yang paling dalam. Ini kerana menulis dengan hati tentang pengalaman yang dilalui, mampu mengurangkan segala tekanan. Malah asbab penulisan yang dihasilkan, mungkin mampu memberi motivasi kepada yang lain yang melalui pengalaman yang sama.

Oleh itu, teruslah menulis. Jadikan ia satu kebiasaan. Kerna menulis adalah sebahagian kaedah untuk mencapai ketenangan. – Wan Ibrisam Fikry (2023)

Gambar oleh Dr. Azizah Ismail