Salam perkenalan

with 1 Comment

Dr Zilal binti Saari dilahirkan pada 26 September 1985 di Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam (Al-Quran dan As-Sunnah) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu (2003-2006). Graduat dengan kelas pertama (3.89 dan dianugerahkan Anugerah Imam Asy-Syafie (Pelajar Terbaik Sekolah Pengajian Islam).

Dr Zilal telah mendirikan rumahtangga seminggu sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia (2006-2009). Sepanjang pengajian di UTM, beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan mendapat anugerah dekan (PNGK 3.50 ke atas) setiap semester. Walaupun bergelar isteri dan ibu semasa melanjutkan pengajian, beliau telah tamat dengan kecemerlangan kelas pertama 3.84 dan anugerah Naib Canselor pada tahun 2009.

Dr Zilal mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah secara fast track. Menjalankan pengajian PhD dalam bidang Fiqh Sains dan Teknologi di Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFIRST), Universiti Teknologi Malaysia (2011-2015). Di bawah penyeliaan Professor Dr Farahwahida Mohd Yusof dengan tajuk “Model Garis Panduan Penyusuan Anak Angkat Menurut Fiqh Sains dan Teknologi”.

Setelah tamat PhD, Dr Zilal telah berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Pahang. Kini bliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di UTM

One Response

  1. A WordPress Commenter
    | Reply

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply