Ramadan 1440H: Isu masjid tidak mesra ibu dan anak?

with No Comments

Saban tahun, Ramadan silih berganti, pasti ada ceritera tentang ibu yang ditegur agar tidak membawa anak kecil ke masjid/surau untuk menunaikan solat Terawih. Bagi seorang ibu yang mempunyai anak-anak masih kecil, saya amat terkesan dengan teguran ini. Saya melihat ia dari 2 perspektif:

1. Jika ditegur, pantaulah anak-anak anda semasa jemaah sedang solat. Maka respon saya, baik saya akan pantau. Jika saya terpaksa terlepas 2 rakaat terawih pun saya akan lepaskan, bagi memberi sedikit perhatian kepada anak yang sedang excited bermain dengan kawan-kawan terawih mereka.

2. Jika dicadang agar saya tidak membawa anak-anak kecil ke masjid atau surau, saya memilih untuk tetap membawa mereka mengikut kesesuaian hari dan keadaan. Jika anak dalam emosi yang baik, saya akan bawa mereka. Jika anak penat, tak cukup tidur, lapar, tak sihat, mereka akan merengek dan pasti mengganggu jamaah dan saya juga tak dapat menanuikan solat. Jika berada di rumah, mungkin anak lebih selesa.

Kesimpulannya, menjadi ibu, haruslah bijak menggunakan naluri keibuan. Kita yang tahu kemampuan diri kita. Moga segala amalan diberkati oleh Allah.