Alhamdulillah, berasa begitu teruja dan bangga kerana dapat bersama meraikan pelancaran Bilik Mama Friendly iaitu sebuah inisitif Kerajaan Negeri Johor untuk menyokong dan melindungi penyusuan susu ibu.
Semua bayi berhak mendapat nutrisi terbaik daripada susu ibu walaupun ibu terpaksa keluar bekerja atau out station. Di zaman moden ini tiada yang mustahil, segala peralatan dan gajet terlalu banyak di pasaran. Apa yang tinggal adalah semangat dan usaha oleh ibu dan juga support daripada majikan. Kini, kerajaan juga menyedari akan kepentingan penyusuan susu ibu. Tahniah diucapkan kepada YB Chai Tung, Exco Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Johor.