Saya berkahwin umur 21 thn, seminggu sebelum daftar masuk university. Masuk je uni, saya berbisik, “teringinnya dapat anugerah masa konvo nanti”. Okay, saya pun belajar saja mcm biasa di samping suami dan kawan2 di UTM. Cukup 4 thn, masa konvo, Allah izin saya dpt 2 pingat dan cash (tak ingat dpt brp). Masa tu anak saya nak masuk 2 org.
Lepas bersalin, saya dpt offer sambung PhD fast track, maksudnya tanpa buat master. Mula2 saya taknak sambung sbb saya kata nak duduk rumah jelah, jaga anak2. Tapi tiba2 hati berubah kata, “bolehlah try buat PhD”. Masa tu umur 26 thn. Start je pengajian, saya bisik lagi dlm hati, “kali ni,kalau tak dpt pingat masa konvo pun takpelah,asalkan habis belajar”. Sepanjang pengajian, ada beberapa orang yg berhati mulia cakap kat saya “sebenarnya sambung phd ni mesti ada master dulu, barulah hasilnya berkualiti”. Saya down juga bila direndahkan begitu. Saya jumpa kaunselor minta pendapat. Kaunselor kata, “saya sarankan awak teruskan shj pengajian,jangan hiraukan apa kritikan org”. Okay, saya pun terus je maju ke depan. Cukup 4 tahun, saya habis belajar dan izin Allah, saya grad dgn pingat lagi.
Saya bukanlah pandai sgt, cuma saya set matlamat yg jelas dan ada keazaman. Bak kata adik saya, “sepanjang kakak saya buat phd, berkali kali saya lihat kakak saya ‘meroyan'”. Haha lawaknya rasa. Bukan meroyan, sekadar menangis.
Untuk sahabat yg berjuang dlm apa bidang sekalipun, kuatkan azam, jangan mengalah, InsyaAllah sinar kejayaan di depanmu menanti.
With love, Dr Zilal Saari
Gambar hiasan: winnie the pooh hadiah konvo dari suami masa degree. Chipmunk hadiah konvo dari mak mertua masa phd