Sekiranya kita rasa kita atau kita perasan ada rakan² sekeliling kita ada tanda²/gejala stress atau anxiety atau kemurungan, segeralah dapatkan bantuan atau hulurkan bantuan.
Saya empati dgn situasi yg kerap melanda ibu² muda yg kebiasaannya baru mendirikan rumahtangga (kurang dari 5 tahun) dan anak kecil rapat².
Lain orang, lain cara menerima/menghadapi krisis/konflik. Ada yg kuat boleh tepis, tapi ada yg belum jumpa skill yg betul utk menanganinya.
Saya harap sesiapa yg membaca post ini, segeralah usaha mencari jalan. Jangan diabaikan rasa serba salah, rasa empty, rasa lonely, rasa penat, rasa give up, rasa tak happy pun hidup ni.
Saya, bersama team UTM sedang menjalankan sebuah penyelidikan utk membangunkan sebuah model kesejahteraan wanita multi tasking menurut pendekatan Islam, psikologi, deep learning dan bio-eco systemic. Saya masih mencari lagi seorang pelajar PhD untuk buat penyelidikan yg sama. Jika ada yang berminat, boleh emel saya: zilal@utm.my atau wassap 0137134442. Wassalam.
Dr Zilal Saari
UTM Skudai
18 Ramadan 1440H2
3 Mei 2019