Bag Plastik dan Kesan Terhadap Alam

Penggunaan beg plastik menjadi suatu keperluan dalam kehidupan manusia dan wujud budaya beg plastik dikalangan masyarakat kita. Ini kerana beg plastik mempunyai pelbagai fungsi dan dapat memenuhi keperluan masyarakat.Disamping itu teknologi terkini banyak menghasilkan beg plastik dengan pelbagai variasi reka bentuk, saiz, warna, malahan corak yang amat menarik. Selain itu masyarakat dari pelbagai peringkat umur telah dididik untuk menggunakan beg plastik dan akan terus menurunkan budaya penggunaan beg plastik ini kepada generasi seterusnya.

Cabaran bagi mendidik masyarakat tentang meminimumkan penggunaan plastik bukanlah mudah. Realitinya, sebelum undang-undang “Tolak Plastik” dilaksanakan, masyarakat harus diberi pendedahan dan kesedaran mengenai kesan penggunaan beg plastik.Selain itu, ramai yang memikirkan manfaat jangka masa pendek sahaja misalnya keistimewaan beg plastik antaranya mempunyai banyak kelebihan seperti ringan, mudah dibawa kemana-mana sahaja, tahan lasak, sangat kukuh, dan lebih ekonomi berbanding dengan beg-beg lain seperti beg kertas mahupun beg serba guna.

Kesan

Hakikatnya banyak kesan-kesan mudarat yang akan berlaku terhadap alam sekitar daripada penggunaan plastik yang berleluasa, kesihatan manusia, serta turut mengugat ekonomi negara.

  • mikroorganisma dalam tanah akibat termakan sisa plastik yang mengandungi kandungan toksik tinggi. Mikroorganisma tanah berfungsi penting dalam menyuburkan tanah yg menjadi sumber pertanian dan pertumbuhan hutan kita.
  • Plastik hanya mampu mereput dalam jangka masa yang lama (dari 20-1000 tahun) dan bahan kimianya yang bertoksik tidak akan hilang dalam jangka masa yang singkat dan menjadi pecahan-pecahan kecil/halus toksik ini mampu tersebar ke udara, sumber air (permukaan dan bawah tanah) serta tanah; bergerak dari satu ruang ke satu ruang, sehingga ke akhirnya boleh terperangkap di dalam sumber makanan (pertanian), udara yang kita hirup, air yang kita minum dan juga menjejaskan ekosistem serta rantaian makanan.
  • Selain itu kandungan yang terdapat didalam beg plastik itu sendiri iaitu bersifat karsinogenik yang mana akan mengganggu hormon, DNA manusia dan akan menyebabkan manusia mudah untuk mendapat penyakit kanser. Misalnya mereka yang menggemari makanan laut bercengkerang seperti siput sedut dan kepah yang mendapatkan nutrien dari dalam selut, berpotensi mendapat kanser jika habitat makanan itu dipenuhi dengan sampah plastik dan sisa toksik itu termendap di dalamnnya.
  • Disamping itu kos kitar semula beg plastik lebih mahal dari pembuatan satu beg plastik dan beg plastik yang diperbuat daripada petroleum yang merupakan sumber bahan api yang akan habis dalam 50 tahun lagi.

Cadangan Penambahbaikan

Bagi pengguna:

*didik kefahaman dan kerisauan tentang penggunaan plastik

*apabila membeli barang yang boleh dipegang/diangkut dengan tangan, minta jurujual/cashier supaya tidak memasukkannya di dalam plastik, sebaiknya bawalah dengan kedua belah tangan anda

*belanjakan sedikit wang untuk membeli beg kain/beg guni/sebagainya yang dirasakan sesuai dengan kuantiti pembelian barangan

*bawa bakul berlipat/troli mini di dalam kereta

Bagi pihak pelaksana, jurukempen & berkuasa pula

* Mengadakan kempen penggunaan beg serbaguna secara meluas..

* memperkenalkan beg serba guna (seperti beg kain dsb) yang menarik, besar dan tahan lama dengan harga yang lebih murah.

* memperbanyakkan kajian dalam industri pembuatan beg plastik yang lebih selamat

* Menghentikan pengeluaran beg plastik yang tidak terbiodegradasi.

* mengadakan perundangan yang melarang sebarang pengeluaran dan penggunaan beg plastik yang tida terbiodegradasi.

* Media massa haruslah memainkan peranan sebgai perantara untuk segala program promosi mengenai kesan penggunaan beg plastik.

 

Badan Kebajikan Staf UTM – BAKES UTM

BAKES UTM

Singkatan nama untuk Badan Kebajikan Staf UTM

 

Tarikh Penubuhan

5 Mei 1994

 

Tujuan Penubuhan

Menyatukan kelab dan persatuan dibawah satu badan bertanggungjawab. Memudahkan staf mencarum kepada hanya satu badan persatuan. Sebelum ini Kelab Sukan Kakitangan UTM (KSKUTM), Badan Keajikan Kakitangan UTM (BAKIK) dan Persatuan Wanita Teknologi UTM (WANGI) adalah persatuan berbeza yang berjalan sendiri.

 

Matlamat

Membina satu masyarakat penyayang, sihat dan bermotivasi dalam lingkungan masyarakat UTM

 

 Objektif 

i. Mengadakan kegiatan untuk menanam dan meningkatkan kesedaran beragama.

ii. Memupuk semangat serta nilai ukhuwah dan persaudaraan serta mengeratkan tali silaturrahim dikalangan staf dan keluarga UTM.

iii. Menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain di luar UTM dan mengambil bahagian dalam aktiviti sesuai dengan dasar pertubuhan bagi faedah dan kepentingan bersama.

iv. Menjalankan dan memajukan kegiatan-kegiatan sukan dan riadah dikalangan ahli sebagai sumbangan kearah memajukan sukan diperingkat Universiti dan negara.

v. Mengadakan pelbagai rancangan dan projek serta menyediakan kemudahan untuk memajukan kebajikan ahli.

 

Faedah dan Kemudahan Yang Diperolehi Oleh Ahli BAKES UTM

i. Pembiayaan Kewangan Skim Qardul Hassan
Kadar maksima pembiayaan adalah sebanyak RM1,000.00 sahaja dan dibayar balik dalam tempoh masa maksima 10 bulan. (Bayaran wang proses akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan sebanyak RM10.00)

ii. Sumbangan Khairat Kematian
Bayaran Khairat Kematian untuk ahli RM1,000.00, suami/isteri RM500.00 manakala keluarga terdekat seperti ibu/bapa/anak RM200.00 sahaja.

iii. Sumbangan Bencana
Bantuan untuk ahli yang ditimpa bencana seperti banjir, terbakar, keilatan kekal dan sebagainya. Bantuan maksima sebanyak RM500.00 Sekiranya suami dan isteri menjadi ahli, kedua-duanya layak memohon.

iv. Anugerah Anak Cemerlang BAKES UTM
Anugerah berupa wang tunai untuk anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah. Tahap kelayakan anugerah diberikan mengikut kelayakan minima seperti berikut : UPSR – 6A , Darjah Khas – Pangkat 1, Sijil Rendah Agama – Mumtaz – (RM50), Sijil Menengah Agama (Mumtaz) – (RM100), SPM – 7A (RM200), STPM – 4 Prinsipal A, Sijil Tinggi Agama Malaysia – Mumtaz – (RM500), Tahfiz (30 juzuk & bershahadah) – (RM500) manakala bagi peringkat Diploma – CGPA > 3.65 (RM700) dan Ijazah Sarjana Muda – CGPA >3.67 (RM1,000)

v. Anugerah Ahli BAKES UTM Cemerlang Akademik
Anugerah berupa Wang Tunai RM300 kepada ahli BAKES yang lulus dengan jayanya pengajian peringkat Tinggi (Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana dan PhD)
(Sumbangan baru ini berkuatkuasa mulai 11 Julai, 2017)

vi. Sumbangan Masuk Wad
Sumbangan kepada ahli dan keluarga yang dimasukkan ke wad hospital melebihi 4 hari 3 malam. Sumbangan diberikan untuk tempoh sekali setahun sahaja walaupun dimasukkan wad berulang kali. Sumbangan berupa wang tunai, ahli – RM100.00 manakala keluarga terdekat ahli RM50.00.

vii. Sumbangan Perkahwinan
Sumbangan tunai RM100.00 kepada ahli yang berkahwin semasa menjadi ahli BAKES.

viii. Sumbangan Menunaikan Haji
Sumbangan tunai RM100.00 untuk ahli yang menunaikan Haji kali pertama sahaja

Viii. Sumbangan Persaraan
Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM200 kepada ahli BAKES yang bersara dan telah menjadi ahli BAKES sekurang-kurang 3 tahun sebelum tarikh persaraan
(Sumbangan baru ini berkuatkuasa mulai 11 Julai, 2017).