Apa Itu ChatGPT Dan Cara Penggunaannya

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/chatgpt.html | Mysumber.com

Baru-baru ini satu dunia digemparkan dengan kemunculan salah satu perkara baru dalam dunia teknologi terkini yang digelar ChatGPT. Apa yang menarik mengenai Chat GPT ini sehingga sibuk diperkatakan oleh setiap orang? Ianya dikatakan bakal merubah kehidupan kita semua selepas ini namun adakah ini benar atau hanya sekadar khabar angin yang digembar gemburkan sahaja. Justeru berikut akan dijelaskan lebih lanjut mengenai Apa itu ChatGPT? ChatGPT adalah merupakan salah satu jenis kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagi Artificilal Intelligence (Ai). Ianya telah dibangunkan oleh sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan, Open AI. Pada 30 November 2022 secara rasminya syarikat tersebut telah melancarkan kepada orang ramai Chat Generative Pre-Trained Transformer atau singkatannya ChatGPT yang merupakan sebuah bot sembang.

Sebenarnya sistem bot sembang ini tidaklah merupakan sesuatu yang baharu kerana telah banyak aplikasi ketika ini yang telah menggunakan bot sembang khususnya yang melibatkan pengurusan pelanggan atau customer service. Walau bagaimanapun, sistem bot sembang ChatGPT ini adalah berbeza kerana ianya mampu memproses sejumlah besar teks dan belajar untuk melaksanakan tugas pemprosesan bahasa semula jadi dengan sangat berkesan

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/chatgpt.html | Mysumber.com

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *