Paraben boleh memasuki tubuh badan melalui krim kecantikan, produk mekap, ubat-ubatan, makanan dan minuman. Ada kajian melaporkan paraben boleh mengaktifkan hormon estrogen dan sekaligus menyebabkan kanser payudara. Ini kerana terdapat paraben yang ditemui dalam sel kanser payudara. namun kajian tersebut menggunakan dos paraben yang tinggi dan sehingga kini tiada lagi maklumat sahih tentang kaitan paraben dan kanser.
Kuantiti paraben yang rendah dalam suatu produk tidak akan membahayakan pada sesiapapun. Apa yang perlu anda faham ialah jumlah dos paraben itu sendiri dalam sesuatu produk, jika tinggi kandungannya boleh mendatangkan risiko pada kesihatan.
3jenis paraben iaitu methylparaben, propylparaben dan butylparaben sebagai bahan pengawet produk tahan lama dan tidak akan membahayakan pengguna.
Jangan risau dos paraben yang rendah dalam produk kosmetik dan kecantikan (25%-1%) tidak akan beri risiko pada pengguna. Dos paraben yang tinggi atau terlalu kerap digunakan boleh beri reaksi pada kulit seperti. Apa yang perlu dijelaskan disini ialah masih ada sesetengah individu mengalami reaksi alergik kulit terhadap paraben walaupun dos paraben yang rendah.