Sebulan sebelum game, kami setup kumpulan untuk pasukan Engineering 1 (Eng 1). Tum tam tum tam, akhirnya 9 orang bersetuju untuk mewakili pasukan Eng 1. Eng.1 terdiri daripada 3 sekolah iaitu:

Wakil SK – Pn Niza & Dr Yus

Wakil SKE – Dr Aini & Me

Wakil SKBSK – Dr Ayien, Dr Dy, Dr Aimie, Dr Aisyah, Pn Myra

Bersatu teguh, bercerai roboh. Begitulah semangat, gelak ketawa dan serius sewaktu latihan. Kami training bersama-sama pelajar-pelajar KTF. Sporting sungguh mereka ini, sudi untuk bermain dengan para senior. Kami pula rasa seronok kerana bermain dengan pelajar yang muda-muda dan ‘laju’.  Latihan membuahkan hasil, akhirnya kami menang sebagai juara untuk Futsal Wanita. Tahniah pasukan Gol & Gincu. Seronok bermain berkumpulan bersama mereka.

#kami

Happy sungguh ! Engineering 1 (Gold)

Bergambar kenangan bersama pasukan Engineering 2 (Bronze)

Sesi latihan