Penyataan yang berikut cukup mengujakan apabila dibandingkan dengan kebanyakan pemahaman model translasi dan komersialisasi idea serta penyelidikan; sepertimana banyak diterima guna sebelum ini.

“Basic research is the foundation for innovation, applied research creates products and technologies.”

Lebih bererti, ianya teraku kerana telah di cernakan oleh sekumpulan guru ulung sains dan polisi antarabangsa dibawah sekretariat penasihatan sains Setiausaha Agung PBB. Salah seorangnya adalah TS Zekri!

 

 

Biasanya patah sebutan adalah sains-teknologi-inovasi STI.

Ia menggambarkan seolah sains perlu diterjemahkan kepada teknologi terlebih dahulu. Kemudian, barulah inovasi dapat di pacu dalam fasa translasi seterusnya.

Bacalah seberapa banyak kenyataan dan penulisan, mahupun kertas polisi. Ia tetap memberikan gambaran ulangan yang sama.

Ulangan STI dalam aliran sebutan sebegitu juga telah banyak mendasar dan distrukturkan dalam pelbagai institusi dan program.

Kenyataan baharu yang dinyatakan ini telah melorongkan satu perspektif yang jarang dijumpai.

Disebut permulaannya adalah sains terkaitan inovasi, barulah sains terkaitan produk dan teknologi.

Hal ini telah memberikan makna besar bahawa inovasi hanya boleh ditujahkan dengan penyelidikan sains asas.