IKHLASKAN PEMBERIAN, SEDEKAH DAN DERMA

Sedih baca tajuk berita- DERMA barang rosak!
Simpati kita dah bagus, bantuan yg dihulurkan pun dah cukup bagus. Alhamdulillah..

Tapi segelintir daripada kita terkhilaf dalam memahami konsep pemberian dalam Islam. Nak bagi pada orang yg memerlukan biarlah barang2 yg boleh dipakai dan dimanfaatkan-besar pahalanya.
Jangan bagi barang yg kita pun dah taknak pandang, yg selayaknya dibuang! Susah sukarelawan nak pilih dan asingkan. Letakkan diri kita ditempat mereka. Hayati penderitaan dan keperluan mereka. Jika kita tak mampu bagi barang2 pun, masih boleh sedekahkanlah doa. Berilah dari hati..

Paling bagus berikanlah barang-barang yang bermanfaat yg PALING kita sayangi dan sukai. Itulah ajaran Islam. Semarakkan amalan bersedekah yg tepat dan berkesan