Bekerja Dengan Kesungguhan

Bekerjalah dengan kesungguhan kerana kerja adalah satu amanah

Kalaupun hasil tidak mencapai target tapi penat lelah yang dicurah tidak pernah sia-sia.

Allah SWT memberi ganjaran untuk setiap usaha yang dibuat demi untuk mencari rezeki yang baik dan halal.

Tahniah Para Graduan UTM !

Tahniah kepada semua graduan UTM sempena Majlis Konvokesyen yang ke-59! Semoga berjaya menjadi insan yang lebih baik, memberi manfaat untuk diri dan orang lain

Berhati-hati Dalam Menghakimi

Bila berlaku suatu ujian dan tragedi, suara-suara mula kedengaran namun ada pihak yang ‘berdiam’, berdoa dan meneliti…
Bukan sebab tak prihatin, tak ambil berat dan tak simpati..

Mereka saudara kita, pasti doa bersulam airmata.
Cuma tidak mahu membuat hanya satu kesimpulan yang diambil dari satu sebab dan punca, sedangkan ada lagi sebab dan keadaan lain yang sedang diteliti dan dikaji.
Kesilapan dalam berkata-kata banyak menjerumuskan manusia ke dalam fitnah.

Bukan tidak boleh memberi pandangan, tapi dibimbangi pandangan yang dipandu oleh emosi, rasa terkejut dan tidak puas hati akan memudharatkan diri.
Apatah lagi jika disulami kata-kata keras dan kesat yang melukakan banyak hati.

Berhati-hati itu lebih baik kerana pengetahuan kita sebagai manusia terbatas. Dalam apa jua keadaan, hanya Allah yang lebih mengetahui. Siapalah kita untuk menghakimi..?

Keprihatinan Dalam Diri

Selain kita prihatin dengan isu-isu semasa, jom kita kuatkan keprihatin terhadap tanggungjawab dalam tugas dan kerja kita. Pastikan siap sempurna mengikut masa.

Kebaikan bermula dari praktik diri kita sendiri.
Kerja beramanah, rezeki pun barakah.

Wujudkanlah biah (persekitaran) solehah dalam rumah kita sendiri.
Di situlah bermulanya pembentukan generasi yang diredhai Ilahi.

Kursus Asas Mutawwif Umrah

Kursus Asas Mutawwif Umrah

Telah diadakan pada 13 & 14 OKTOBER 2017
bertempat di Pusat Latihan UTM

KAEDAH MENASIHATI ANAK REMAJA

KAEDAH MENASIHATI ANAK REMAJA

Semalam saya ditanya oleh seorang ibu tentang cara mendidik anak remaja yang degil dan liar.
Beratnya soalan..
Kaedah dan cara memang terlalu banyak, buatlah yang terbaik yang kita mampu.

Saya kongsikan jawapan spontan saya, antara kaedahnya ialah:

1. Ibu istighfar banyak-banyak terlebih dahulu
2. Buat solat Taubat dan solat Hajat mohon Allah mempermudahkan, lembutkan dan bukakan hati anak untuk terima nasihat.
3. Panggil anak..peluk anak dgn rasa penuh kasih sayang tanpa rasa marah @ sakit hati @ tak puas hati sambil sebut: ibu/mama/ummi sayang awak!
4. Minta anak ikut beristighfar sekurang-kurangnya 3x bersama-sama dengan ibu (ibu pimpin istighfar)
5. Tanya anak tentang masalah yg dihadapi, ada tak yg dia tak puashati, apa yg dia harapkan, apa yg dia inginkan dalam hidup.
Biar dia luahkan perasaan dan jadilah pendengar yg baik. Jadilah ‘kawan’ yg memahami.
6. Puji kebaikan-kebaikan yg ada pada diri anak itu. Biar dia rasa dirinya dihargai. Berilah kata-kata semangat.
7. Setelah itu nasihatilah dia dengan nasihat yg terbaik untuk dia kembali menjadi anak yg soleh/solehah mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah. (Jaga solat, puasa, baca al-Quran, jaga aurat, jaga pergaulan etc.)
8. Doa secara istiqamah. Sesungguhnya doa ibu tiada hijab

Syaratnya:
Lakukanlah dengan ikhlas kerana Allah. Demi meraih redha Allah.
Hadirkan hati supaya dapat menyentuh hati anak.
Sentuhan hati ini In Sha Allah mampu membuat anak berubah walaupun sedikit demi sedikit.

Cubalah..sekadar saranan ringkas dari saya. Kita berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan kepada Allah SWT. DIA lah yg ‘memegang’ hati-hati manusia. Semoga Allah memberi hidayah, petunjuk dan kita sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan-Nya.

Erti Kesempurnaan

Bukan mudah untuk memiliki kesempurnaan.
Jika hidup sudah hampir sempurna, cukuplah mengekalkan segala yang terbaik dan memperbaiki apa yang terkurang.
Syukur dan qana’ah yang akan menjadikan hati dapat melihat dan merasai kesempurnaan hakiki dalam diri.
Carilah nikmat ini!

Sesungguhnya kesempurnaan mutlak hanya milik Allah SWT.

Tiada Yang Sempurna Melainkan Allah

Image result for kata-kata nasehat

Internet: Antara Pahala dan Dosa

Image result for sifat mazmumah

Renung-Renungkan!

Image result for sifat mazmumah