ISTIDRAJ hanya untuk golongan yang menderhakai Allah SWT. Mereka yang diberikan nikmat kejayaan, kesenangan, kedudukan, pangkat, harta dan pengaruh…namun semua itu semakin menjarakkan mereka daripadaNya. Terpenjara dalam kebanggaan dan kesombongan kerana menyangka Allah menyayangi mereka walaupun berdosa.
Hakikatnya, Allah memberi mereka pelbagai nikmat tetapi DIA tidak meredhainya. Nikmat itu juga sebenarnya satu ‘azab’ dalam bentuk kesenangan yang melalaikan manusia.