RENUNGAN RAMADHAN

Renungan Ramadan

1. Ramadan dan keberkatannya tidak berbeza setiap tahun tapi yg mampu menjadikannya BERBEZA adalah kita (kuantiti amalan & kualiti amalan)

2. Hayati Ramadan dengan berpuasa zahiriah (makan minum) dan batiniah (lidah, nafsu, hati)

3. Bekerja dengan lebih sempurna. Masa di pejabat dimanfaatkan sebagai ibadah bukan sekadar melepaskan keletihan berpuasa sambil menunggu2 jam 5 petang tiba.

4. Para surirumah..maniskan muka sentiasa! Bergembiralah kerana anda menyediakan juadah untuk orang berpuasa. Hebat sekali ganjarannya.

5. Golongan wanita, jom
kita berhati2..jangan sampai teruja mengejar yg sunat (solat terawih di masjid) kita terabai yg WAJIB (menutup aurat sempurna ketika ke masjid-cth: memakai stokin)

6. Amalan berbuka/Iftar bergilir di rumah saudara mara, hotel etc. Kena berhati2 juga..ia bagus untuk eratkan ukhuwwah dan silatulrahmi tapi selesai makan, jangan lengahkan masa dengan sembang2 dan lepak2 seterusnya balik ke rumah masing2. Orang ramai ke masjid, kita ke mana pula? Kalau sekadar ziarah, berkumpul dan makan2 bersama, Syawal kan masih ada..Ramadan tidak lama!

7. Istiqamah beribadah sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Jadikan Ramadan ‘tetamu’ keluarga kita seluruhnya (suami, isteri, anak2) bukan untuk kita seorang. Biar rumah kita bercahaya dengan seri Ramadan.

Ibarat menyambut cinta hati kita, ‘layani’ kehadiran Ramadan sebaiknya…penuh tertib, teliti, tulus, beradab diiring kasih sepenuh hati..tak sabar menunggunya datang, tak sanggup melepaskannya pergi.