Ibrah Dari Musibah Banjir

Fenomena banjir di penghujung 2014. Ibrah untuk kita semua.
Ketika berdepan ujian getir sebegini
Hati paksi segala natijah…
Usaha dan doa, teruskan jangan beralah!

Mangsa-mangsa banjir di seluruh negara..yg dihimpit resah, takut, sakit, kelaparan dan kehilangan..semoga Allah melimpahkan ketenangan dan pahala ke atas hati yg sabar, tabah dan redha dalam doa.

Semua pihak yg prihatin dan membantu..yg sanggup bergadai nyawa meredah kesulitan, menghulur bantuan..semoga beroleh ganjaran di atas keikhlasan hati dan pengorbanan.

Namun tetap perlu menjaga hati..
Kerana niat murni boleh menjadi keji jika tidak berhati2.
Jangan ada yg bertelingkah, menuding jari menyalahkan sesama sendiri, mengambil kesempatan memenuhi agenda peribadi..

Sedang kita diuji..bolehkah hati bersatu mendepani musibah demi mencari redha Ilahi?