Kenangan Di Rumah Panjang Bidayuh

Pengalaman paling berharga bagi saya ketika menjelajah bumi Allah baru2 ini ialah ketika berada di Rumah Panjang Bidayuh.

Meneliti kehidupan mereka memberi seribu makna. Antara ramai penghuninya, saya bertemu dua org mak cik yang sangat peramah..keduanya beragama Kristian. M. Cik yang pertama bercerita anak sulongnya memeluk Islam, berkahwin dengan orang Perak. M. Cik yang kedua dalam perjalanan nak pergi meeting penduduk katanya, tiba2 mengikut kami ke show house, menerangkan dgn cukup detail tentang cara hidup tradisional mereka..2 orang anaknya juga turut memeluk Islam, mesranya dia membahasakan diri sebagai ‘nenek’ kepada anak2 saya.

Lalu saya terfikir, sejauh manakah usaha dakwah kita, untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini? Sejauh manakah kejayaan telah dicapai untuk menegakkan Islam DALAM DIRI kita sendiri?