KHLAK TERHADAP KERABAT DAN KELUARGA

AKHLAK TERHADAP KERABAT DAN KELUARGA
1. sentiasa menghormati dan menyayangi mereka
2. menziarahi dan menghubungkan silatulrahmi
3. membantu ketika mereka kesusahan
4. memberi nasihat dan pandangan ketika memerlukan (berdakwah)
Utama kaum keluarga
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 215

Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.
Sedekah kepada kaum kerabat
Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat,sebagaiman sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Sedekah kepada orang miskin(mendapat satu pahala),sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturrahim”.(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Surah al-Syuara: 213-220
Terjemahan:
213. Maka janganlah kamu menyeru yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang diazab.
214. Dan berilah peringatan kepada kerabat kerabatmu yang terdekat,
215. Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.
216. Dan jika mereka mendurhakaimu maka katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak bertanggungjawab terhadap apa yang kamu kerjakan”.
217. Dan bertawakkallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
218. Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat),
219. Dan (melihat pula) perobahan gerak badanmu diantara orang-orang yang sujud.
220. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(214) Dan berilah peringatan kepada kerabat kerabatmu yang terdekat,
Maksudnya: Pertakutkanlah kerabat dekatmu akan azab Allah dan betapa pedih siksaan-Nya kepada orang-orang yang ingkar (kufur) dan mempersekutukan-Nya dengan yang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan lain lain daripada Abi Hurairah RA bahawa ketika ayat ini diturunkan, Rasul SAW memanggil orang-orang Quraisy, umum dan khusus, lalu baginda bersabda:
” Wahai Quraisy sekalian, hendaklah kamu selamatkan diri kamu masing-masing daripada azab neraka, sesungguhnya aku tidak dapat membantu kamu, samada melindungi kamu daripada malapetaka ataupun memberi kamu manfaat. Kemudian Nabi SAW mengulangi kandungan ucapannya ini kepada masing-masingkabilah iaitu Bani Ka’b Bin Luay, Bani Qushai, Bani Abdi Manaf, Bani Abdil Muttalib, Ya Fatimah…”
Dalam hadis dan ayat diatas menunjukkan bahawa:
” Dekat pada keturunan tidak berguna jika jauh pada sebab “.
Ertinya: Walau bagaimanapun dekat hubungan kekerabatan seseorang dengan orang yang taat kepada Allah, namun hubungan kekeluargaan itu tidak akan boleh menolongnya untuk terhindar dari azab Allah jika ia sendiri tidak berusaha untuk melalui sebab sebab yang membolehkan ia terhindar daripada azab tersebut.
Allah swt menyebut di dalam Al Quran bahawa di antara sebab yang wajib di ambil dan dimiliki oleh seseorang di dunia ini agar boleh terhindar dari siksaan Allah adalah seperti tercantum di dalam firman-Nya:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11)
Hai orang orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.
(Al Saff / 61: 10-11)
Di dalam ayat di atas Allah menegaskan bahawa di antara sebab utama yang mesti diambil oleh setiap mukmin ialah:
• Memiliki iman yang betul terhadap Allah dan Rasul-Nya.
• Berjihad di jalan Allah yakni melakukan amal saleh, apakah dengan mengorbankan harta ataupun jiwa untuk membela kebenaran yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Selain itu, ayat dan hadis diatas juga menunjukkan bahawa kewajiban berdakwah kepada kaum kerabat bukan hanya terbatas pada kerabat yang Muslim saja, malahan termasuk juga yang non-Muslim.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.
(At Tahrim: 6)
Rasul SAW bersabda:
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ ، لاَ يَسْمَعُ بِى أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ اْلأُمَّةِ يَهُوْدِىٌّ وَلاَ نَصْرَانِىٌّ ثُمَّ لَمْ يُؤْمِنْ بِى إِلاَّ دَخَلَ النَّـارَ.
Demi diriku ditangan-Nya, tidak mendengar seorangpun dari umat ini akan ajaranku, samada Yahudi atau Nasrani, lalu dia tidak beriman kepadaku maka dia masuk neraka.
(Hadis Sahih Riwayat Muslim).
Setelah Allah menyuruh memberi peringatan kepada kaumnya yang ingkar maka Allah menyuruh pula Nabi-Nya agar berlemah lembut dengan orang-orang yang beriman.