Bahaya Cerita Israiliyyat

Ada 4 bahaya tentang CERITA ISRAILIAT:-

Bahaya ke-1
Akan rosakkan aqidah umat Islam sebab ada unsur penyerupaan Allah & mensifati Allah dengan sifat yang tak sesuai dengan dengan keagungan & kesempurnaan Allah.
Ia juga banyak unsur tiadanya keterpeliharaanpara Nabi & Rasul dari dosa.Ia banyak gambarkan para Nabi & Rasul dalam bentuk yang menonjol syahwatnya,suka buat perbuatan buruk & tak sesuai bagi orang yang jadi Nabi.

Bahaya ke-2
Cerita-cerita Israiliat ni bagi gambaran seolah-olah Islam tu agama yang penuh dengan khurafat,khayalan & kebohongan yang takde sumbernya.

Bahaya ke-3
Cerita-cerita Israiliat ni memalingkan manusia dari maksud & tujuan al-Quran,memalingkan manusia dari memikirkan ayat-ayatnya,mengambil manfaat dari nasihatnya serta membahas hukum-hukum & hikmahnya kerana manusia akan sibuk menghabiskan waktu kepada hal-hal kecil yang takde nilai & faedahnya.

Contoh perbahasan yang takde manfaatnya:-
• Membicarakan nama & rupa anjing Ashabul Kahfi.
• Tongkat Nabi Musa diperbuat dari pokok apa
• Nama budak yang dibunuh oleh Nabi Khaidir
• Saiz kapal Nabi Nuh (besar,tinggi & lebar)
• Nama-nama binatang yang dibawa oleh kapal Nabi Nuh
dan lain-lain lagi yang terdapat dalam al-Quran tapi al-Quran tak membahasnya sebab hal itu takde faedahnya bagi kaum Muslimin.

Bahaya ke-4
Cerita-cerita Israiliat ni membuatkan manusiahilang kepercayaan kepada Ulama’ Salaf,baik dari kalangan para sahabat ataupun tabi’in.
Banyak cerita-cerita Israiliat yang mungkar ni disandarkan kepada golongan Ulama’ Salaf yang selama ini dianggap sebagai sumber agama ataupun penyelesai masalah-masalah agama yang penting bagi umat Islam yang akhirnya mereka dipandang keji kerana kononnya para Ulama’ ini telah menipu umat Islam.

Contoh Ulama’ Salaf yang terkena & menanggung beban adalah Abu Hurairah,Abdullah bin Salam, Ka’ab al-Ahbar & Wahab bin Munabih sedangkan mereka semua ni adalah orang-orang yang soleh & amat dalam ilmu Islamnya serta telah dikenal keimanan & keadilannya.