Cara Menegur Kesalahan

CARA TEGURAN DALAM ISLAM
Sebelum kita membuat teguran sama ada kpd ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai, kaum kerabat, jiran sahabat etc. , 7 perkara perlu diambil kira: (teguran mengeratkan silaturrahim bkn memutuskan silaturrahim)
1.Tujuan Menegur
2.Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
3.Waktu yang sesuai untuk menegur.
4.Memahami kedudukan orang yang ditegur/ Lakukan secara sembunyi
5. Mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.
6.Gunakan gaya bahasa yang paling sesuai: (uslub dakwah) dahulukan dgn kata2 menggembirakan/bukan sinis dan sindiran
7.Fokus kepada kesalahan tersebut/Jangan mengungkit ungkit kesalahan silam.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
CONTOH:
1)Cara teguran Rasulullah SAW. kpd wanita (kisah Asma’ berpakaian nipis)
a)konsep tarbiyyah-Kesalahan teknikal bukan moral/akhlak-asma’ sgt baik
b) secara personal/tidak mengirim orang tengah
c) Tidak berupa sindiran

2)Cara menegur orang yang lebih tua (Kisah Hasan dan Husin ambil wudhuk)
a) memuliakan orang tua (minta menilai cara ambil wuduk yg betul)
b) menegur secara halus tanpa melukakan hati/memalukan org tua.
c) tunjuk contoh yang betul dlm bentuk proses pembelajaran

3) Rasulullah saw menegur pemuda dengan sabar tanpa ikut emosi/marah.
Kisah 1: Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Seorang lelaki membonceng Rasulullah SAW pada hari Arafah.Pemuda itu menyedari kehadiran kaum wanita lalu memandang ke arah mereka.Rasulullah SAW pun memalingkan wajah (pemuda tersebut) ke belakang dengan tangannya berulang kali.Pemuda itu mengulangi pandangannya.Rasulullah SAW bersabda kepada pemuda itu: Wahai anak ku, hari ini sesiapa yang menjaga pendengarannya, penglihatannya, dan percakapannya, dia akan diampuni (Musnad Ahmad:2922), Shaikh Ahmad Shakir menyatakan isnadnya sahih.
Kisah 2: Dalam suatu riwayat diceritakan bahawa Abu Zar memanggil Bilal bin Rabbah dengan gelaran wahai anak hitam, satu ungkapan amat menghiris hati. Bilal apabila mendengar panggilan itu mendiamkan diri dan tidak membalas panggilan Abu Zar. Sebagai manusia biasa yang mempunyai emosi dan perasaan, Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah SAW untuk membuat aduan berkaitan perkara itu. Selepas mendengarnya, muka Baginda kelihatan berubah. Rasulullah SAW terus ke tempat Abu Zar berada tetapi hanya lalu saja dan terus ke masjid. Mengetahui bahawa Rasulullah marah padanya lalu Abu Zar memberi salam kepada Rasulullah SAW . Baginda Nabi kemudian menyebut: Wahai Abu Zar, kita menghina Bilal dan menghina asal-usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kita asal-usulnya ialah orang jahiliah sebelum masuk Islam dan sesungguhnya dalam diri kita masih ada sisa jahiliah.

Abu Zar RA berasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu kepada Rasulullah SAW dengan berkata: Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan mintalah Allah ampunkan dosaku…. Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal lalu dipeluknya sambil memohon maaf kepadanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata: Demi Allah wahai Bilal, aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kita pijak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kita orang terhormat dan aku yang terhina. Bilal kemudian mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali. Kemudian diangkat dari tanah. Mereka berdua berpelukan penuh kasih sayang.
4) Rasulullah Menegur Secara Umum Tanpa Mengaibkan.
Pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil. Dikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.
Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”
Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama pesalah dalam kisah itu?

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
5) Kisah saidina Umar Terima Teguran dgn hati terbuka. (Dakwah jg kpd rakyat jelata)
Kisah 1 :
Seawal beliau dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar meminta rakyat menegurnya jika dia salah. Tidak disebut secara sir.
Maka bangun seorang pemuda menghulur pedang sambil berkata, ‘Pedang inilah wahai Umar yang akan membetulkan kamu, jika kamu menyeleweng’.
lalu Umar menjawab , “Alhamdulillah, pujian bagi Allah s.w.t yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan ‘Umar dengan pedangnya”.
Kisah 2 :
Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya ” Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?”
Apa jawapan Saidina Umar “Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar.” Lihat di situ, Saidina Umar menerima teguran seorang peminum arak.
6) Teguran kpd sahabat 1) personal 2)guna seseorang (ustazah) 3) ajak ke majlis ilmu yg membicarakan mslh itu.