Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته. الامام مسؤول عن رعيته والرجل راع في أهله ومسؤول عن رعيته والمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤولة عن رعيتها والخادم راع في مال سيده ومسؤول عن رعيته وكلكم راع ومسؤول عن رعيته
“Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan pasti akan ditanya tentang kepimpinan kamu itu kelak. Imam (khalifah) itu pemimpin dan pasti akan ditanya tentang kepimpinannya. Lelaki (suami) itu pemimpin dan pasti akan ditanya tentang kepimpinannya.Wanita (isteri) itu pemimpin di rumah suaminya dan pasti akan ditanya tentang kepimpinannya. Pembantu itu pemimpin bagi harta kekayaan tuannya dan pasti akan ditanya tentang kepimpinannya dan setiap daripada kamu adalah pemimpin dan pasti akan ditanya tentang kepimpinannya “.
(Hadis Muttafaqun alaihi)