PENGORBANAN WANITA DALAM ISLAM
1) Khadijah
– Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
– Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Aishah
– Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
– Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Mariam
– Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Asiah
– Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Aminah
– Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Muti’ah
– Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Zubaidah
– Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Hari Raya Korban tiba lagi pada 10 Januari atau 10 Zulhijjah yang lalu. Hari bersejarah ini sinonim dengan ibadat korban, mengingatkan kita kepada peristiwa Nabi Ibrahim ’alaihi as-Salam yang mendapat mimpi bahwa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih Nabi Ismail ’alaihi as-Salam. Atas ketaatan kepada perintah Allah, maka Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pun menyempurnakan perintah tersebut; mengenepikan perasaan kasih sayang bapa dan anak, sanggup berkorban semata-mata kerana ingin menjadi hamba Allah yang patuh kepada perintahNya. Begitu juga dengan pengorbanan Siti Hajar yang ditinggalkan bersama bayinya, Nabi Ismail ’alaihi as-Salam oleh Nabi Ibrahim ’alaihi as-Salam di tanah Mekah yang kering dan tandus. Beliau tetap sabar dan tabah, berlari-lari dari bukit Safa ke bukit Marwa mencari air apabila si kecil menangis hinggalah terbit air dari celah-celah jari kaki Nabi Ismail yang kini dikenali sebagai perigi Zamzam. Pengorbanan beliau ini djadikan sebagai simbol ibadat Haji bagi umat Islam.
Banyak lagi sejarah pengorbanan wanita pada zaman dahulu seperti kisah ibu kepada Nabi Musa ’alaihi as-Salam yang terpaksa memasukkan bayinya ke dalam bakul lalu diapungkan di atas air sungai yang mengalir demi menyelamatkan nyawa Nabi Musa dari dibunuh. Begitu juga kisah Asiah wanita beriman yang terpaksa bersabar dan hidup disamping suaminya Firaun yang angkuh dan zalim; kisah Khansa Radiallahu ’anha yang meniupkan semangat juang kepada kelima-lima anaknya untuk pergi berjihad sehingga semuanya mati syahid. Kemudian, kisah Sumaiyyah Radiallahu ’anha wanita pertama yang mati syahid kerana mempertahankan agamanya dan kisah Ummu Hakim Radiallahu ’anha yang melangsungkan perkahwinan di medan perang dan suaminya telah syahid sebelum sempat menikmati malam pertama mereka.
Wanita kini juga melakukan ’pengorbanan’. Di dada-dada akhbar kita sering terbaca isu-isu wanita yang sanggup ’berkorban’ meninggalkan bayi mereka di tempat menunggu bas, di tempat sampah malah di kawasan perkuburan [Mingguan Malaysia 8 Januari 2006] bukan untuk melindungi nyawa anak mereka tetapi bagai menghulurkan bayi yang tidak berdosa untuk dibaham oleh binatang-binatang liar. Wanita masa kini juga sanggup ’berkorban’ memperagakan tubuh dengan menari bogel dan menjadi pelacur kerana yakin hanya dengan jalan itu mereka dapat memperolehi wang bagi menyara keluarga. Bagi wanita yang kemaruk dengan cinta, pastinya ’pengorbanan’ kesucian dan maruah diturutkan demi membuktikan cinta mereka terhadap pasangan walaupun tanpa nikah. Selain itu kita dikejutkan dengan keberanian seorang wanita yang menyimbah asid ke muka dan badan suami gara-gara suami ingin berpoligami.
Kedua jenis pengorbanan itu jelas perbezaannya bagai langit dan bumi; pengorbanan wanita Islam terdahulu dan wanita Islam zaman globalisasi. Wanita zaman kini lebih berani dalam segala-galanya. Kalau dahulu kecekalan dan pengorbanan mereka hanyalah kerana ingin mendapat redha Allah tetapi kini mereka lebih rela menuruti kehendak hawa nafsu.
ememangnya terdapat hikmah di sebalik sokongan jitu Muslimah terpilih. Walaupun peranan mereka tidaklah ketara dan bukanlah di barisan hadapan, sokongan mereka tetap penting dalam kejayaan peristiwa hijrah Nabi SAW dan sahabatnya Saidina Abu Bakar As Siddiq RA.
Satu pengorbanan seorang wanita yang amat penting termaktub dalam minda sejarawan dan para Muslim hari ini ialah kisah saidatina Asma binti Abu Bakar RA, anak kepada saidina Abu Bakar RA sendiri. Beliau telah ditugaskan untuk menghantar makanan kepada Rasulullah SAW dan ayahnya di tempat-tempat rahsia. Walaubagaimanapun, tugas ini amat mencabar kerana ia mengancam nyawanya sendiri dan seandainya diketahui pihak musuh yang mengawal ketat setiap pergerakkan khususnya jejak langkah ahli keluarga Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, pastilah penghijrahan ini akan menemui kegagalan.
Saidatina Asma’ RA tahu pentingnya berhati-hati dalam setiap langkah dan menghapuskan jejaknya supaya orang-orang kuffar Quraisy yang sedang memburu Nabi Muhammad SAW tidak dapat mengesannya. Beliau juga perlu memastikan bekalan makanan sampai kepada Nabi Muhammad SAW dan ayah tepat pada masanya dan pada tempatnya agar tidak terjadi kekeliruan di zaman di mana tiada perkembangan teknologi seperti telefon bimbit untuk berkomunikasi.
Dengan kekuatan akal fikiran yang tajam, Saidatina Asma’ RA membawa bekalan makanan bersama-sama kambing gembalaanya di belakangnya. Dengan cara ini, jejaknya akan terhapus oleh jejak-jejak kambing yang digembalanya. Dengan tabah dan penuh keberanian, Saidina Asma’ berjaya membawa bekalan makanan tersebut kepada Rasulullah dan ayahandanya namun terlupa akan ikatan makanan. Sekali lagi dengan kecerdasan akalnya, beliau membelah lebihan tali ikatan tali pinggangnya untuk mengikat makanan bekalan. Dengan itu, beliau telah diberi gelaran ‘Dzatu An-Nithaqaini’ (Wanita yang memiliki dua tali pinggang) berikutan peristiwa tersebut dan Rasulluah SAW telah memanjatkan doa kepada Allah SWT agar diganti dengan tali pinggang yang lebih baik di syurga kelak.
Kesanggupan Saidatina Asma RA untuk mengalas tugas yang amat berat lagi mencabar ini tidak lain dan tidak bukan kerana kekentalan imannya kepada Allah SWT, kecintaannya kepada agama suci ini dan patuhnya kepada perintah ayahandanya, Saidina Abu Bakar AS. Malah setelah pulangnya Saidatina Asma’ RA kerumah, beliau telah didatangi oleh Abu Jahal bertanyakan keberadaan ayahandanya Abu Bakar AS. Saidatina Asma’ RA tidak dapat menjawab pertanyaan itu kerana beliau tidak tahu dimana kedudukan bapanya ketika itu dan arah tujunya. Abu Jahal berasa tidak puas hati dan sangat marah. Dia menampar pipi Saidatina Asma’ RA sehingga anting-anting yang dipakai ditelinganya tercabut dek tamparan tersebut.