Hadis:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yg bermaksud: Takukah kamu siapakan dia orang yg muflis? Sahabat2 baginda menjawab:Orang muflis antara kami, wahai Rasulullah, ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan harta benda. Nabi SAW bersabda: Sebenarnya orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari Kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu; memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan itu; kemudian kiranya habis amal kebajikan sebelum habis dibayar kesalahan2 yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan2 orang yangdianiayakannya serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam neraka.
(Hadis riwayat Muslim dan al-Tirmizi)