Jom Bersyukur!

Jom bersyukur
Derita hanya sesekali, nikmat sudah berhari-hari
Jom bersedekah
Susah-susah kita, ramai lagi yang menderita
Jom berebut pahala
Meskipun amalnya kecil, ikhlas menjadikannya ‘besar’
Jom belajar
Selagi rasa cukup berilmu, selagi itulah tidak berilmu
Jom bersahabat
Kawan di mana-mana, sahabat sejati susah nak jumpa
Jom bermaafan
Memohon dan memberi, kemaafan pasti menenangkan hati
Jom berhati-hati
Awasi setiap langkah, hidup penuh ranjau dan duri
Jom berbudi bahasa
Biasakan dengan ucapan ‘Terima kasih’ walaupun hanya dihulur sehelai tisu nipis
Jom berdoa
Semoga Allah jauhkan kita semua daripada musibah dan bala bencana

Speak Your Mind

*