Bicara biarlah dengan ilmu.
Kalau kita tahu dan ada ilmu mengenai sesuatu perkara, barulah kita bercakap, menulis, menghurai dan mewar-warkannya.
Kalau tak tahu katakanlah “Allahu A’lam (Allah Lebih Mengetahui)”. Sesetengah insan suka bercakap, berlumba-lumba nak berbicara, hingga jarang kita temui orang yang mengatakan “Allahu A’lam” bagi perkara yang tidak diketahuinya.
Sedangkan jawapan “ALLAHU A’LAM” termasuk salah satu tanda DALAMnya ilmu seseorang!
BICARA BIARLAH DENGAN ILMU
Posted on October 10, 2016 ·