Dengan Siapa Anda Berkongsi Rasa?

Bila kita dapat berita gembira, sesuatu yang membahagiakan..dengan siapa agaknya kita ingin berkongsi terlebih dahulu?
Ayah, ibu, suami, isteri, kawan karib @ rakan di Facebook?
Pasti kita ingin berkongsi dengan yang TERTINGGI kedudukannya di hati kita.

Apakah kata-kata spontan yang biasa kita lafazkan?
Ringankan lidah… tanpa berlengah ucapkan Alhamdulillah dan sujud syukur!

Berterima kasihlah kepada Allah terlebih dahulu kerana setiap anugerah kegembiraan itu adalah dari-Nya, segala nikmat itu merupakan pemberian-Nya. Tanpa keizinan-Nya kita tidak berdaya untuk memiliki apa-apa.

Selalu menjadi insan yang bersyukur akan membiasakan diri terasa ’kecil’ di sisi Allah.
Mudah-mudahan walaupun nanti kita berkongsi kegembiraan itu dengan orang lain, jiwa akan terpelihara dari gangguan sifat ’ujub (kagum dengan diri sendiri), riak (menunjuk-nunjuk) dan takbur (sombong).

Sifat mazmumah ini mengundang dosa dan melenyapkan pahala serta menjadikan segala amal kita sia-sia.

Akhirnya kita tidak mendapat apa-apa kecuali kegembiraan seketika yang akhirnya lenyap diltelan masa.

Speak Your Mind

*