Perkongsian ini menyentuh tentang wanita dan penjagaan hati agar sentiasa menyemai sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.
Bekerja Dengan Kesungguhan
Bekerjalah dengan kesungguhan kerana kerja adalah satu amanah
Kalaupun hasil tidak mencapai target tapi penat lelah yang dicurah tidak pernah sia-sia.
Allah SWT memberi ganjaran untuk setiap usaha yang dibuat demi untuk mencari rezeki yang baik dan halal.
Bersaing secara sihat untuk berjaya
Tiada masalah untuk bersaing tetapi bersainglah secara sihat.
Jangan dikotori persaingan dengan hasad dengki dan iri hati
Akhirnya matlamat utama hanyalah menaikkan diri sendiri dengan menjatuhkan orang lain
Usah melakukan kejahatan terhadap orang lain kerana hidup hanya sementara
Tidak berbaloi mengejar keduniaan dengan mengumpul bebanan dosa!
Berikan Pertolongan Dengan Ikhlas
Setiap pertolongan yang kita lakukan, lakukanlah dengan ikhlas kerana Allah..
Justeru kita tidak bersedih jika pertolongan tidak dihargai atau dikenang
Juga tidak akan kecewa jika kebaikan itu tidak berbalas malah dilupakan
Kuasa Senyuman!
Senyum juga dikategorikan sebagai sedekah.
Belajarlah untuk senyum walaupun di saat anda susah, sakit, stress atau sibuk sekalipun..
kerana setiap senyuman anda mampu mengubah suasana, memberi aspirasi positif dalam jiwa orang lain
Inginkan 2 Ganjaran Untuk Sedekah?
Bersedekahlah kepada keluarga dan kaum kerabat!
Kerana kita berpeluang mendapat dua ganjaran iaitu pahala sedekah dan pahala menghubungkan silaturrahim
Pilihan Allah @ Kita: Mana Yang lebih baik?
Membuat pilihan adalah satu tanda kita berusaha mencari nilai-nilai kesempurnaan
Namun jika Allah tentukan sesuatu yang bukan pilihan kita, maka redhalah..
kerana Allah lebih mengetahui apa yang perlukan
bukan sekadar apa yang kita inginkan
Allah SWT mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya
Pilih Kerjaya Yang Hebat @ Yang Anda Minat?
Kerjaya hebat semestinya bagus
Tapi kerjaya yang diminati itu lebih bagus
sebabnya ‘penghayatan’ kerja itu lebih terhadap kerjaya yang kita minati.
Seterusnya mampu menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi
Berjaya Tahan Marah Tanda Kita KUAT!
Bila dalam keadaan marah
Berusahalah kawal diri
Jangan biarkan perasaan mengatasi fikiran yang waras.
Jangan sampai ramai yang menjadi sasaran kita melepaskan kemarahan
Gunakan pelbagai kaedah berkesan; beristighfar, berwudhuk, bersolat, berzikir, berdiam etc.
Kerana berjaya menahan marah itu tanda kita kuat!
Jom Bermuhasabah!
Bila kita melihat sesuatu perkara yang menyalahi syariat berlaku di persekitaan kita, kita ambillah tindakan bijak dalam ruang lingkup kemampuan kita..
Berilah teguran, berilah pandangan dan nasihat dengan HIKMAH melalui saluran yang betul.
Berhati-hati dengan emosi. Emosi boleh merosakkan diri.
Jika kita telah menegur bermakna kita tidak bersetuju. Mudah-mudahan terlaksanalah tugas ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ di atas bahu.
Mudah-mudahan terlepas kita dari dosa ‘membenarkan’ dan ‘meredhakan’ perkara itu berlaku.
Bagi yang BERSETUJU dengan kemungkaran (tanpa ada sedikit pun bantahan di dalam hati) terhadap sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya tak kira siapa orangnya, apa kedudukan atau pangkatnya, tak kira dia sendiri suka @ sekadar menurut arahan, maka sesungguhnya dia tetap menerima ‘saham’ dosa daripada perkara tersebut.
Jadi pesanan buat semua pihak yang berhadapan dengan keadaan ini, pastikan dalam hati tetap ada prinsip TIDAK BERSETUJU dan TIDAK MERELAKAN ia terjadi.
Itulah selemah-lemah iman!
Ikhtiarkan dan usahakan agar ia tidak lagi berulang pada masa hadapan.