Doa Semoga Allah Jauhkan Daripada Musibah

Image result for doa elak binatang berbisa

Doa Supaya Selamat Dari Binatang Berbisa

Image result for doa elak binatang berbisa

Zikir Yang Hebat

Selalulah Ucapkan:

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahu Akbar

BICARA BIARLAH DENGAN ILMU

Bicara biarlah dengan ilmu.
Kalau kita tahu dan ada ilmu mengenai sesuatu perkara, barulah kita bercakap, menulis, menghurai dan mewar-warkannya.
Kalau tak tahu katakanlah “Allahu A’lam (Allah Lebih Mengetahui)”. Sesetengah insan suka bercakap, berlumba-lumba nak berbicara, hingga jarang kita temui orang yang mengatakan “Allahu A’lam” bagi perkara yang tidak diketahuinya.
Sedangkan jawapan “ALLAHU A’LAM” termasuk salah satu tanda DALAMnya ilmu seseorang!

KELIRUKAH KITA?

Mungkinkah ada antara kita…

Beriya2 menjalin hubungan dengan manusia sedangkan hubungan dengan Allah tidak pernah dijaga.
Beremosi mencemuh penghinaan terhadap Rasulullah sedangkan diri sendiri enggan mengamalkan sunnahnya.
Bersungguh2 bersimpati dengan warga emas yg terbiar sedangkan ibu bapa sendiri jauh dari ingatan dan doa.
Bersemangat nak bersedekah membantu insan yg memerlukan sedangkan saudara mara, kerabat terdekat sendiri yg dalam kesusahan dilupakan.
Beriltizam nak betulkan segala kepincangan dalam masyarakat sedangkan keluarga sendiri terbiar tak tentu haluan..kurang perhatian dan kasih sayang.
Bercita2 nak menambah kualiti ibadah sedangkan kualiti kerja seharian yg juga satu ibadah dipandang ringan.
Berkobar2 nak merebut perkara yg sunat sedangkan yg wajib berat untuk dilaksanakan.
Berazam mencari redha Allah dalam setiap perkara sedangkan yg dicari setiap hari ialah redha manusia…

Semoga Allah terus memberi ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri dan berusaha menjadi insan bertaqwa.

CINTA KEBAIKAN

Jadikan kebaikan satu TABIAT, dilakukan dengan rela bukan terpaksa. Perlukan latihan, didikan perlahan-lahan secara berterusan selamanya. Ingatlah! kebaikan kita walaupun disia-siakan oleh orang yang menerimanya, tidak akan sia-sia di sisi Allah SWT.

Doa Untuk Kesejahteraan anak

DOA UNTUK KESEJAHTERAAN ANAK

 

اللهم احفظ اولاد  وا شفهم انت شاف لا شفاء الا شفاءك لا يغادر سقما . اللهم اجعلهم صحيحا كاملا جاملا حاذقا عالما ذكيا مؤمنا صالحا. اللهم احسن خلقهم و خلقهم وافصح لسانهم واحسن صوتهم لقراءة القران والحديث ببركة سيد نا محمد صلى الله عليه وسلم .

 

 

Ya Allah! peliharalah anak-anakku dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah! jadikanlah mereka sihat,  sempurna, cantik, berakal dan berilmu, bijak, beriman dan beramal soleh. Ya Allah! baikkanlah rupa paras dan akhlak mereka, fasihkanlah lidah mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Qur’an dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW.

Hayati Ramadan!

Ramadan Kareem
Alhamdulillah
Dah sujud syukur belum bila Allah beri peluang bertemu Ramadan lagi?

Sama2 kita sambut tetamu istimewa ini dengan pelukan erat..penuh keinsafan dan taubat, penuh keimanan dan ihtisab, penuh rasa kehambaan dan keazaman.

Pastikan setiap amalan disertai ikhlas, ihsan dan tawadhuk
Doakan kita istiqamah dalam beribadat, sepanjang Ramadan ini malah hingga ke akhir hayat

Mengiringi Tuanku Permaisuri Johor 2016

Menjalankan Tugas Yang Diamanahkan

18 Jun 2016
Menjunjung Kasih Tuanku Permaisuri Johor
Ramadan tetamu yang mulia
Masjid UTM menerima Tetamu Istimewa
Semoga melimpah barakah untuk semua
Patik dengan rendah diri menjalankan tugas…