Tawadhuk Kekalkan Rasa Ikhlas

Lebihkan TAWADHUK dalam mengerjakan segala jenis ibadah (solat, puasa, zakat, sedekah, bacaan Al-Quran, iktikaf etc.)
Dengannya lebih mudah menjelmakan IKHLAS
Meluruskan hati dan niat ke arah matlamat sebenar
Mencari keredhaan Allah!

Ada kalanya waktu kita sibuk menggandakan pelbagai ibadah di bulan Ramadhan, masa itulah datang bisikan-bisikan menjentik hati.
Tujuannya tidak lain hanya untuk ‘mencuri’ pahala.
Justeru cepat-cepat kenalpasti kewujudan penyakit hati; rasa riak, ujub dan sombong dalam beribadat. Bersihkan ia segera dengan istighfar dan taubat.

Semoga kita mendapat keampunan dan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Pemberian Seorang Teman

Syukuri Rezeki

Alhamdulillah..rezeki Allah datangkan tanpa mengira masa, dari pelbagai arah yang tidak dijangka.
Bersyukur selalu…bertambah nikmat untukmu dan untukku

Salam Syawal

Salam Syawal semua!

Hanya Ramadhan yang pergi
Berpesanlah pada diri
Didikan Ramadhan dan penghayatannya perlu diteruskan sampai bila-bila
Untuk mencapai taqwa hingga akhir usia..

Semoga ruh Ramadhan terus ‘hidup’ dalam diri kita..selamanya.

Nikmat Keberkatan Rezeki

Limpahan barakah (keberkatan) dapat kita rasa bila keperluan menjadi sedikit, menjadikan segalanya berbaki lebih. Kesannya hati semakin dekat dengan Allah, jiwa menjadi tenang, lapang dan bahagia. Tidak terkejar-kejar mencari yang tiada.

Bukan ‘banyak’ yang dicari kerana kuantiti akan menyusut setelah digunakan tapi yang diimpikan adalah barakah kerana barakah menyebabkan rezeki berterusan tanpa kebimbangan. Indahnya barakah bila sedikit sudah rasa mencukupi malah sentiasa ada lebihan untuk disedekahkan kepada orang lain.

Jom sama-sama mencari barakah dalam setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita!

Ikhlaskan Amal Kerana Allah

KHLASKAN AMAL KERANA ALLAH

Ikhlas memisahkan amal daripada kecacatan seperti terpisahnya susu dari kotoran

Keikhlasan niat dalam setiap amal lebih bermakna dari amal itu sendiri

Alangkah ruginya jika Allah memberikan kita amal soleh namun amal itu menjadi sia-sia kerana kita tidak ikhlas melakukannya.

Kenangan Indah

Kenangan Lama

Mencari sesuatu di dalam fail, mata terpandang keratan akhbar…
Keratan akhbar yang berusia 16 tahun bertarikh 27 April 2000 (Khamis)

Keratan akhbar inilah yang saya rujuk untuk memohon pekerjaan ketika itu. Pada bulan Ramadhan tahun 2000 saya dipanggil interview jawatan Pensyarah Universiti dan melapor diri sebagai staf UTM pada 31 Januari 2001.

Tak perasan begitu lama ia tersimpan bersama-sama saya sepanjang 16 tahun ini. Memang ada sentimental value! Cukup bermakna bagi saya.
Alhamdulillah..
Terima Kasih UTM, sayang UTM

Jadilah Yang Terbaik!

Anak-anak!
Jauhi sikap dan tindakan yang melukakan hati ibu bapa
Nanti hidup tak berkat
Ibu bapa!
Elakkan mengikut emosi mencaci dan mencela anak sendiri
Kerana kesan ucapan yang menjadi doa itu sangat berat

Teruskan mendidik dengan kasih sayang bukannya menyebarkan kebencian yang merugikan

Sama ada kita menjadi anak @ ibu bapa @ kedua2nya, pastinya kita mahu menjadi yang terbaik!

Khasiat Ulam-ulaman

Bila terlihat gambar ulam-ulaman ni, terimbau kenangan semasa kecil dan remaja dulu. Seingat saya di rumah setiap hari ada hidangan ulam-ulaman segar. Boleh didapati di sekitar rumah. Ayah dan mak saya mengamalkan makan ulam setiap hari bersama sambal belacan sehingga sekarang..itu hidangan wajib!
Kami anak-anak juga sudah terbiasa.

Dengan izin-Nya walaupun semakin lanjut usia, ibu bapa saya sihat tanpa sebarang penyakit kronik hingga kini. Alhamdulillah.
Saya juga ingin istiqamah memakan ulam-ulaman tapi kadangkala tak kesampaian..kehabisan stok 🙂
Jom amalkan makan ulam-ulaman untuk kekal sihat dan awet muda