Alhamdulillah..dapat berita gembira petang ni. Saya tak perlu jalani Latihan Industri yang menjadi salah satu syarat kenaikan pangkat! Terlepas cabaran hebat 1 tahun. Boleh fokus kepada tugasan lain pula.
Syukur sangat-sangat..
Terima kasih sahabat PM. Dr. Mohd. Ismail Mustari, Timbalan Dekan Akademik FTI yang sampaikan berita, yang tolong confirm kan
Good News!
Anak Soleh Mama..Keep it up!
Ada seseorang tunjukkan jenis bateri..minta tolong belikan untuk ganti bateri jam di dalam kelas di sekolah yang dah tak berfungsi. Kecil je permintaannya tapi sejuk hati mendengarnya.
Kemudian diambil pula dompet, dikeluarkan duit simpanannya..minta tolong belikan pensil box untuk kawan sekelas yang kematian bapa. Bekas pensil kawannya sudah koyak dan nampak lusuh katanya.
Juga permintaan yang kecil namun besar nilainya bagi seorang mama.
Keep it up Muhammad Shazwan Asyraf. Alhamdulillah. Betapa bersyukur dan bahagianya mama. Terasa seperti sedikit sebanyak telah tercapai objektif pendidikan dalam kehidupan.
1 Kenangan 1000 Didikan
1 Kenangan 1000 Didikan
Murabbi Ummah Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din..
Pertama kali bertemu tok guru..itulah sekali, lebih kurang 2 thn lalu.
Saya memenuhi jemputan walimah di rumah abang sepupu di Kajang. Abg sepupu menyambut kehadiran kami dan membawa ke meja jamuan. Ketika melalui meja tok guru, isteri dan keluarganya, abg sepupu yang juga kenalan rapatnya spontan memperkenalkan:
Ini sepupu saya..kerja di UTM Johor. Pantas dengan mesra tok guru menjawab: Kenai..kenai (dengan loghat utara) sambil tersenyum.
Saya hanya mampu memberi salam, senyum dan menghulur tangan bersalam dengan isterinya.
Itulah akhlak mulia tok guru..almarhum mungkin tidak mengenali saya pun..siapalah saya..tapi tok guru mendidik saya meraikan semua insan yang kita jumpa. Sejak itu saya mengamalkan cara tok guru. Tanpa mengambil masa untuk berfikir, jika ada sesiapa datang mendekati dan bertanya adakah saya mengenalinya..saya terus teringatkan akhlak tok guru..meminjam kata2nya..kenal, kenal!
Terima kasih tok guru Dato’ Dr. Haron Din.
Sebak saya membaca cerita2 akhlak mulia tok guru. Ini hanyalah catatan kecil saya.
Semoga Allah tempatkan tok guru bersama para syuhada’ dan solihin. Aamiin.
Bersyukurlah Duhai Isteri!
Bersyukurlah Duhai Para Isteri, apabila…
Sentiasa dapat ‘makanan rohani’ kerana suami menyokong aktiviti keilmuan dan keagamaan
Tidak stress kerana suami membantu kerja-kerja di rumah setelah sama-sama selesai kerja di pejabat
Dapat merasa tidur kerana suami turut bangun malam menjaga baby dan anak kecil
Dapat menyimpan duit kerana suami berupaya menjalankan tanggungjawab memberi nafkah keluarga dengan sempurna
Rumahtangga aman kerana suami memahami dan setia, mengawal egonya dan menahan kemarahan
Anak-anak kaya jiwa kerana bapanya bertanggungjawab dan penyayang
Dapat menggembirakan hati ibu bapa kerana suami bijak menempatkan diri sebagai menantu yang baik dan disayangi
Hidup menjadi tenang kerana suami selalu menjadi pendengar yang baik, mempermudahkan yang susah, menyelesaikan setiap masalah
Selalu diterjah keinsafan kerana walaupun melakukan kesilapan, suami tetap memandang dan melayan dengan penuh kasih sayang. Didikannya mahal bukan melalui herdikan tapi dengan memberi peluang
Ucapkan Alhamdulillah!
Kalau pun tidak semua, jika ada antara nikmat di atas menjadi milik kita, bersyukurlah kerana Allah menganugerahkan suami yang terbaik untuk kita.
Hargai suami kita…mereka tidak akan meminta dihargai tetapi kita sendiri merasa kekosongan saat mereka tiada di sisi.
Usrah Muslimat 1 Mac 2019
Solat Kunci Kesejahteraan hidup.
Masa sakit pun kena solat tau!
Jangan remehkan solat..jom sama-sama buat praktikal Solat Ketika Sakit.
Temu janji kita hari ini. Insya Allah bermanfaat
Erti Redha
Berpesan pada diri…
Redhalah hati menempuh ranjau berduri
Biar sakit menepis ujian penuh misteri
Kerana hanya DIA Maha Mengetahui
Indah ganjaran dan hikmah tersembunyi…
Audit Persijilan QE 5S
Menuju Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh MPC bagi Pusat Islam UTM.
Amanah terpikul di bahu ini. Tiada masa diulit mimpi kerana hanya 40 hari tempoh diberi. Syukur dikurniakan bos dan staf yg sentiasa menyokong dan amat berdedikasi.
Semoga usaha kita diberkati..Kuat saya kerana ANDA. Let’s do it together!