Istimewa Hidup Seorang Mukmin

Istimewanya menjadi seorang mukmin, semua yg dilaluinya ketika susah dan senang memberikannya ganjaran pahala…

Waktu senang sentiasa bersyukur dan bertaqwa. Bila ditimpa musibah, bencana, penyakit dan ujian..dia tetap mendapat pahala dengan cara bersyukur, redha, sabar, ihtisab dan berbaik sangka dengan Allah SWT…

Rugilah sesiapa yang lepaskan peluang untuk mendapat redha Allah dan mengumpul pahala ini sepanjang hidupnya!

Sentiasalah Optimis!

“Bila hidup telah tumpaskan kita, kita boleh memilih untuk bangkit semula atau tidak ”
– ( Mr. Han in The Karate Kid )

Bagi seorang Muslim, lihatlah cabaran hidup dan ujian Allah sebagai jalan untuk muhasabah diri, mendidik kita menjadi lebih beriman dan lebih kuat…bukannya jatuh rebah, tewas, tenggelam dalam kecewa dan putus asa!
‪#‎Allahbersamakita‬

Kenangan Di Rumah Panjang Bidayuh

Pengalaman paling berharga bagi saya ketika menjelajah bumi Allah baru2 ini ialah ketika berada di Rumah Panjang Bidayuh.

Meneliti kehidupan mereka memberi seribu makna. Antara ramai penghuninya, saya bertemu dua org mak cik yang sangat peramah..keduanya beragama Kristian. M. Cik yang pertama bercerita anak sulongnya memeluk Islam, berkahwin dengan orang Perak. M. Cik yang kedua dalam perjalanan nak pergi meeting penduduk katanya, tiba2 mengikut kami ke show house, menerangkan dgn cukup detail tentang cara hidup tradisional mereka..2 orang anaknya juga turut memeluk Islam, mesranya dia membahasakan diri sebagai ‘nenek’ kepada anak2 saya.

Lalu saya terfikir, sejauh manakah usaha dakwah kita, untuk memartabatkan Islam di bumi Allah ini? Sejauh manakah kejayaan telah dicapai untuk menegakkan Islam DALAM DIRI kita sendiri?

Ilmu Biarlah Berkat!

lmu yang BERKAT menjadikan kita insan yang lebih baik, lebih beriman, lebih tawadhuk dan beriltizam dengan semua sifat mahmudah. Contohi ulamak2 hebat, semakin tinggi ilmunya, semakin ‘tunduk’ hati dan jiwanya.

Jika sebaliknya, cari di mana silapnya…perbetulkan segera!

Ibrah Dari Musibah Banjir

Fenomena banjir di penghujung 2014. Ibrah untuk kita semua.
Ketika berdepan ujian getir sebegini
Hati paksi segala natijah…
Usaha dan doa, teruskan jangan beralah!

Mangsa-mangsa banjir di seluruh negara..yg dihimpit resah, takut, sakit, kelaparan dan kehilangan..semoga Allah melimpahkan ketenangan dan pahala ke atas hati yg sabar, tabah dan redha dalam doa.

Semua pihak yg prihatin dan membantu..yg sanggup bergadai nyawa meredah kesulitan, menghulur bantuan..semoga beroleh ganjaran di atas keikhlasan hati dan pengorbanan.

Namun tetap perlu menjaga hati..
Kerana niat murni boleh menjadi keji jika tidak berhati2.
Jangan ada yg bertelingkah, menuding jari menyalahkan sesama sendiri, mengambil kesempatan memenuhi agenda peribadi..

Sedang kita diuji..bolehkah hati bersatu mendepani musibah demi mencari redha Ilahi?

Saham Akhirat

Buat sebanyak mungkin amal untuk saham akhirat:

  1. Bina masjid
  2. Derma utk pembinaan masjid dan rumah anak yatim
  3. Beli water cooler utk masjid @ tempat awam
  4. Beli wheel chair utk hospital
  5. Wakaf Quran
  6. Wakaf tanah untuk bina sekolah, masjid etc.
  7. Mengajar ilmu yang bermanfaat
  8. Sedekah jariah
  9. etc.

Program Budaya Al-Quran UTM Zon A

Program Budaya Al-Quran Zon A pada hari ini 3 Disember 2015 berlangsung seperti biasa bertempat di Dewan Al-Ghazali.

Program dihadiri oleh staf Canseleri. Tafsiran diteruskan oleh Pengarah Pusat Islam dalam Surah al-Baqarah.

Usrah Muslimat UTM -Wanita dan Bidadari syurga

usrah 42

Oleh: Dr. Bushrah Basiron

Usrah Muslimat UTM -Wanita dan Pengorbanan

usrah 41

Usrah Muslimat UTM -Bukan Destinasi Ke Neraka

usrah 40