Usrah Muslimat UTM 20 Oktober 2015

usrah 6

Usrah Muslimat UTM 27 Oktober 2015

usrah 5

Usrah Muslimat UTM 17 November 2015

usrah 4

Usrah Muslimat UTM 24 November 2015

usrah 3

Usrah Muslimat UTM 1Disember 2015

usrah 2

Usrah Muslimat UTM Mei 2015

Usrah 1

ISTIMEWA DOA SEORANG MUKMIN

stimewanya doa bagi seorang mukmin!

Situasi 1: Doa kita yang dimakbulkan segera.
Situasi 2: Doa kita yang nampak seperti tidak dimakbulkan tetapi sebenarnya Allah menjauhkan suatu musibah daripada kita kerana doa itu.
Situasi 3: Doa kita yang ditangguhkan di dunia dengan diberikan balasan baik di akhirat.

Jom banyakkan berdoa! Doa mendekatkan kita kepadaNya. Sesungguhnya doa kita tidak pernah sia-sia.

ISTIDRAJ

ISTIDRAJ hanya untuk golongan yang menderhakai Allah SWT. Mereka yang diberikan nikmat kejayaan, kesenangan, kedudukan, pangkat, harta dan pengaruh…namun semua itu semakin menjarakkan mereka daripadaNya. Terpenjara dalam kebanggaan dan kesombongan kerana menyangka Allah menyayangi mereka walaupun berdosa.

Hakikatnya, Allah memberi mereka pelbagai nikmat tetapi DIA tidak meredhainya. Nikmat itu juga sebenarnya satu ‘azab’ dalam bentuk kesenangan yang melalaikan manusia.

IKHLASKAN PEMBERIAN, SEDEKAH DAN DERMA

Sedih baca tajuk berita- DERMA barang rosak!
Simpati kita dah bagus, bantuan yg dihulurkan pun dah cukup bagus. Alhamdulillah..

Tapi segelintir daripada kita terkhilaf dalam memahami konsep pemberian dalam Islam. Nak bagi pada orang yg memerlukan biarlah barang2 yg boleh dipakai dan dimanfaatkan-besar pahalanya.
Jangan bagi barang yg kita pun dah taknak pandang, yg selayaknya dibuang! Susah sukarelawan nak pilih dan asingkan. Letakkan diri kita ditempat mereka. Hayati penderitaan dan keperluan mereka. Jika kita tak mampu bagi barang2 pun, masih boleh sedekahkanlah doa. Berilah dari hati..

Paling bagus berikanlah barang-barang yang bermanfaat yg PALING kita sayangi dan sukai. Itulah ajaran Islam. Semarakkan amalan bersedekah yg tepat dan berkesan

HARGAI PEMBERIAN SESIAPA SAJA

Cara kita menghargai pemberian orang mungkin berbeza. Namun biar sekecil mana, cubalah untuk sentiasa menghargai.

Cara saya?
Saya sudah terbiasa menghargai pemberian orang lebih dari yang dia jangkakan.
Saya tidak pernah menganggap remeh walau pemberian itu hanya sekadar coretan di atas sekeping kad atau sehelai kertas!

Sebulan lalu, saya diberi hadiah perpisahan -sehelai telekung.
Menyusul hadiah perfume dari jauh. Pemberian dua sahabat yang sangat baik bagi saya. Pastinya ucapan terima kasih tidak cukup untuk mewakili penghargaan dari saya. Semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan mereka, saya dan kita semua.