HAYATI SUJUD

Nilai kehambaan sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan ialah ketika SUJUD-dengan dahi dan kepala yang mulia diletakkan ke tanah (lantai).
Di situ hilang segala keangkuhan, diganti dengan penyerahan dan kebergantungan hanya kepadaNya.

Hayati setiap SUJUD kita..kerana di situ mustajabnya DOA!

JAGALAH LIDAH!

Rasa lega bila dapat lepaskan kemarahan dengan kata-kata kesat? Rasa puashati dapat sakitkan hati orang lain?

Tak berbaloi! Bersabarlah dengan menahan diri..
kerana perintah Allah SWT nyata berbeza.
Renungkan sebaris ayat dalam surah Al-Baqarah ayat 83:

“…dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia…”

Jaga lidah kita
Jaga tutur kata kita
Jadilah insan berbudi bahasa
Lontarkan dari bibir kita hanya kata2 yang baik dan nasihat yang berguna
Selainnya, lebih baik kita DIAM!

JAUHI SIFAT TERCELA(MAZMUMAH)

Adakalanya semangat dan kesungguhan kita untuk beramal sudah tersemat di jiwa. Sayangnya penghujung nilaian amal itu dicacatkan dengan sifat-sifat tercela.

Benar! untuk memiliki hati yang suci bersih itu memerlukan latihan demi latihan. Jangan pernah berputus asa melatih diri menjadi insan bertaqwa

HARGAI DAN BAHAGIAKAN IBUBAPA

Berpeluang memenuhi hajat ibu bapa adalah saat paling berharga dan terindah dalam hidup kita. Jangan sesekali lepaskannya.
Kerana keberkatan yang menanti tidak mampu dibeli dengan emas permata..
Kerana kita tak berupaya membalas segala jasa dan pengorbanan mereka walaupun dengan mengorbankan seluruh harta dan tenaga yang kita ada.

SUMBANGAN SAYA-DI YOUTUBE

Jarang ‘menjenguk’ YouTube. Rupanya ada kenangan. Terpandang sumbangan kecil saya yang tak seberapa ada tersimpan di sana.

Terkini
Promo Rancangan Feminin (Hikmah) 2015

Terdahulu
Promo Muqaddimah (Raudhah) @ TV9 2012

Alhamdulillah. Menunggukan ‘sempurna’ takkan tiba untuk diri saya. InsyaAllah dakwah berterusan mengikut kemampuan diri yang serba kekurangan.

KEBERKATAN UMUR

Cuba tanya diri masing-masing, jika diberi pilihan nak umur pendek ke panjang? Pasti kebanyakan kita pilih nak hidup lama. Sebab biasanya manusia sayangkan nikmat dunia, nak hidup selamanya, sebolehnya nak jauhi mati, takut nak fikirkan mati walaupun ia perkara yang tak akan dapat dihindari.

Yang penting bukan tempoh panjang @ pendek tapi soal keberkatan umur itu sendiri. Umur pendek jika berkat akan berjaya. Umur panjang jika tak berkat akan sia-sia. Sebaiknya umur panjang dan berkat itulah impian semua. Jadi pastikan berpanjangan keberkatan dalam hidup kita supaya Allah sentiasa redha.

“Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan”
(Al-Baqarah: 96)

PERGINYA SEORANG MURABBI…

12 Februari 2015

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu

Tarikh yang begitu memilukan
Kehilangan yang sukar diungkapkan
Kesedihan yang tak mampu diluahkan
Tidak ada cerita pertemuan antara saya dengannya
Melainkan cerita hati amat mengasihinya
Imannya, akhlaknya, tawadhuk nya, prinsipnya dan segala yg ada pada dirinya adalah contoh terbaik untuk dihayati walaupun kini dia telah pergi
Pemergian seorang murabbi hati, insan kaya jiwa yang berakhlak luar biasa..

UMAT ISTIMEWA

Kita jadi istimewa bukan kerana kehebatan yang kita ada tapi kerana kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam..kerana keistimewaan baginda!
Bersama perbanyakkan selawat ke atasnya. Cintai baginda dari hati sanubari kita melalui 3S:
1. Surah (fizikal Rasulullah)
2. Sirah (sejarah Rasulullah)
3. Sunnah Rasulullah SAW

Ya Rasulallah! Sayu hati mengenang pengorbananmu,
Menitis air mata mengenangkan kasih sayangmu. Semoga berupaya menegakkan segala sunnahmu.

PUSAT ISLAM UTM BERJAYA MENDAPAT PERSIJILAN QE 5S DARI MPC

Alhamdulillah!
Setelah berpenat lelah bersusah payah meredah pelbagai ujian dan cabaran..akhirnya pada hari ini 2 Mac 2015 (Isnin) Pusat Islam UTM dan Masjid Sultan Ismail UTM telah berjaya mendapat persijilan QE 5S dari MPC dengan jayanya.

Saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Induk 5S Pusat Islam ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua warga Pusat Islam UTM di atas segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan.
Nikmati detik istimewa ini dengan penuh kesyukuran sebagai hadiah untuk semua!
Congratulations! Enjoy the moment everyone

HINDARI ANGAN-ANGAN DAN CINTA DUNIA

Indahnya bila dapat jadikan impian satu kenyataan.
Tapi jangan terleka hidup dibuai angan-angan…kerana banyaknya angan-angan membuatkan kita leka dengan perasaan cinta dunia (hubbu al-dunya). Lalu bekalan ke akhirat, bagaimana?

Tips: Tinggalkan angan-angan, perbanyakkan amal soleh, perbanyakkan mengingati mati dan kedahsyatan di hari akhirat adalah antara cara menguatkan iman di dada.