BIJAK BERDISKUSI

Ceria melihat golongan pemuda dan mahasiswa yg berfikiran kritis. Tidak hanya mencari jawapan tapi mencari kebenaran. Berhujah menggunakan akal berpandukan wahyu bukan memutarbelitkan isu hingga ramai yg keliru.

Namun harus diingat bila berdiskusi, jangan terikut emosi yg dipimpin nafsu kerana anda pemuda dan mahasiswa yg berilmu. Emosi berlebihan menghilangkan kewarasan dan keilmiahan. Yang pasti kita tidak mahu menjadi setaraf mereka yg sering dipertikai dan ditertawakan.

SAYANGI IBU!

Bila tiba sambutan hari2 tertentu; Hari Ibu, Hari Anniversary, Hari Raya etc. berhati-hati lah kita semua ye.
Usahlah pada hari ibu dikongsi gambar lama ibu pada zaman muda yang tidak menutup aurat..tanda sayang! Kesian pada ibu kerana anak yg mengakui menyayanginya telah mendedahkan auratnya pada umum. Lagipun Hari Ibu bukan sehari tapi setiap hari!

Pada hari Anniversary dikongsi pula gambar perkahwinan yang mungkin juga tidak menutup aurat..kerana itu dirasakan moment paling indah!
Memang gambar2 lama terlalu bererti tapi walau sehebat mana pun sentimental value yang ada pada gambar2 itu, cukuplah untuk tatapan dan kenangan peribadi sahaja. Jangan didedahkan kepada umum. Syariat Allah jangan diremehkan. Sudah dikira bernasib baik Allah MENUTUP segala aib dan kesilapan kita, jangan kita pula yang berusaha MEMBUKAnya.

TEMUI SAYA DI HYPPTV DALAM RANCANGAN AKHLAK PERHIASAN MUKMIN

Alhamdulillah. Berjaya juga dengan izin Allah menghabiskan rakaman 13 episod . Selesai 6 tajuk 28 Mei 2015 dan 7 tajuk pada 29 Mei 2015.
Temui saya insya Allah di HyppTv channel Hikmah dalam rancangan Akhlak Perhiasan Mukmin.

HARGAI MASA

Hargai masa yg Allah anugerahkan dalam hidup kita. Ambil peluang untuk mengisinya dengan segala keindahan hasil amal yg terbaik. Nikmati kebahagiaan hidup kita walaupun hanya cebisan kecil di celah pelbagai ujian hebat. Kerana ujian yg banyak itu juga adalah satu nikmat.

Jadi usah biasakan diri dengan keluhan dan rungutan..kerana ia tidak sekadar menjadikan hari anda suram tapi turut menyebabkan hati orang di sekeliling anda muram. Hidup tidak terlalu panjang untuk diisi dengan segala ketidakpuasan tapi bijakkan diri mencari erti sebuah kebahagiaan

PAKAILAH PAKAIAN MENUTUP AURAT

Bila terpandang iklan dress labuh, rasa teringin nak berkongsi rasa biarpun diri sendiri tak sempurna.
Cantik! Memang cantik tapi rasanya perlu beri perhatian terhadap perkara yg di sebalik.
Cantik tak sempurna jika tak patuhi syariat. Lebih penting tak sempurna dalam usaha kita nak menutup aurat!
Dress labuh termasuk pelbagai jubah moden sekarang ada yg fesyennya menampakkan bentuk badan..ada yg diikat di pinggang, ada yg diikat di belakang. Sedangkan yg potongan lurus pun jika tak kena gaya menampakkan bentuk badan inikan pula kalau yg terikat di pinggang.
Termasuk juga fesyen ala-ala kebaya pendek yang kainnya tersangatlah ketat..baju yg pendek tu pasti tak dapat menutup bahagian belakang kita. Bayangkanlah bagaimana kita kelihatan, malunya turut dirasa orang yg memandang. Malanglah jadinya jika kita yang memakainya tak perasan.

Memang berat kan nak hindari pengaruh fesyen..nak lawan keinginan bergaya, but we have to fight for the best of our life here and hereafter!
Sama2 kita ingat ye kawan2..pakaian cerminan maruah dan harga diri kita. Yang penting bukan cantik pada pandangan kita, pada pandangan si dia @ pada pandangan mereka..tapi perlu pastikan ‘cantik’ pada pandangan Yang Maha Esa!
Jomlah kita sama2 jaga pemakaian. Bab2 lain entah banyak mana tabungan dosa kita. Untung2 bab aurat ni kita ‘terlepas’ kerana sempurna menjaganya. Sayangi diri..jangan sampai kerana tersilap memilih pakaian, dalam tak sedar kita ‘menzalimi’ diri kita sendiri. Semoga kita berjaya dalam ‘jihad’ ini.

RENUNGAN RAMADHAN

Renungan Ramadan

1. Ramadan dan keberkatannya tidak berbeza setiap tahun tapi yg mampu menjadikannya BERBEZA adalah kita (kuantiti amalan & kualiti amalan)

2. Hayati Ramadan dengan berpuasa zahiriah (makan minum) dan batiniah (lidah, nafsu, hati)

3. Bekerja dengan lebih sempurna. Masa di pejabat dimanfaatkan sebagai ibadah bukan sekadar melepaskan keletihan berpuasa sambil menunggu2 jam 5 petang tiba.

4. Para surirumah..maniskan muka sentiasa! Bergembiralah kerana anda menyediakan juadah untuk orang berpuasa. Hebat sekali ganjarannya.

5. Golongan wanita, jom
kita berhati2..jangan sampai teruja mengejar yg sunat (solat terawih di masjid) kita terabai yg WAJIB (menutup aurat sempurna ketika ke masjid-cth: memakai stokin)

6. Amalan berbuka/Iftar bergilir di rumah saudara mara, hotel etc. Kena berhati2 juga..ia bagus untuk eratkan ukhuwwah dan silatulrahmi tapi selesai makan, jangan lengahkan masa dengan sembang2 dan lepak2 seterusnya balik ke rumah masing2. Orang ramai ke masjid, kita ke mana pula? Kalau sekadar ziarah, berkumpul dan makan2 bersama, Syawal kan masih ada..Ramadan tidak lama!

7. Istiqamah beribadah sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Jadikan Ramadan ‘tetamu’ keluarga kita seluruhnya (suami, isteri, anak2) bukan untuk kita seorang. Biar rumah kita bercahaya dengan seri Ramadan.

Ibarat menyambut cinta hati kita, ‘layani’ kehadiran Ramadan sebaiknya…penuh tertib, teliti, tulus, beradab diiring kasih sepenuh hati..tak sabar menunggunya datang, tak sanggup melepaskannya pergi.

TIPS MENYIMPAN WANG

Tips MENYIMPAN wang:

1. Jangan lupa diri @ gelap mata (beli macam2) bila dapat payment/gaji. Ambil satu bahagian untuk simpanan.
2. Bila dah simpan dalam bank, ‘lupakan’ wang simpanan itu. Jangan dihabiskan. Tambahkan sedikit demi sedikit.
3. Rajin bersedekah. Bersedekahlah walaupun ketika dalam kesempitan.
4. Jika ada hutang, lunaskan. Jangan ditambah hutang demi hutang yang baru.
5. Bijak mengurus kewangan. Pendapatan sedikit bukan alasan untuk tidak boleh langsung menyimpan. Hentikan alasan tidak mampu menyimpan.
6. Hulurkan apa saja yang mampu kepada ibu bapa. Berbaktilah jangan berkira. Insya Allah akan lapang hidup kita.
7. Dapat menyimpan adalah salah satu tanda keberkatan rezeki. Kerjalah kerana Allah. Jadikan apa saja kerja yang halal sebagai ibadah.

*Hakikatnya kita boleh menyimpan jika bijak mengurus kewangan. Lihat saja orang2 tua di kampung yang tiada pendapatan tetap, mereka berjaya ke Tanah Suci selepas bersusah payah menyimpan bertahun-tahun. I’m so proud of them!

ALLAH BERSAMA KITA

Apabila terhimpit dengan masalah berat dan terasa berjuang berseorangan, jangan biarkan diri jadi lemah. Kuatkan hati dengan bisikan: “Jangan takut, jangan bersedih…Sesungguhnya Allah bersama kita”
Jaga hubungan denganNya, moga dipermudahkan segala urusan hidup kita

FOKUS DAN SYUKUR

Fokus pada apa yang kita miliki, bukan pada apa yang kita ingini!
Berhenti membandingkan kekurangan nikmat diri kita dengan kelebihan nikmat orang lain…
kerana Allah lebih tahu apa yang kita sebenarnya perlukan. Berusahalah menjadi insan yang sentiasa bersyukur sepanjang hidup. Kayakan lidah dengan lafaz ALHAMDULILLAH

KOLOKIUM FTI DAN RADEN FATAH PALEMBANG

Kolokium ini akan berlangsung di Dewan al-Marbawiy UTM di antara Fakulti Tamadun Islam UTM dan Raden Fatah Palembang. Kolokium akan bermula pada hari Rabu jam 8 pagi hingga 5 petang.