7 April 2016
Antara perkara yang dikongsi semasa perhimpunan bulanan NC bersama staff UTM pada kali ini adalah pencapaian UTM untuk QS ranking di mana salah satu subjek yang mencapai top 100 di dunia adalah Chemical Engineering. NC juga berkongsi mengenai pencapaian UTM yang sangat membanggakan bagi konvo ke -56 pada 23-24 April ini iaitu sebanyak 365 pelajar PhD akan bergraduat. Selain itu, untuk sistem kenaikan pangkat juga akan disemak semula dan dibentangkan kepada kementerian bagi memberi peluang kepada ramai lagi staff akademik utk mencapai prestasi cemerlang pada masa akan datang.
Di akhir ucapan NC berpesan kepada semua staff supaya sentiasa ceria, mengamalkan hidup sihat dan produktiviti yang tinggi.