Tugas Staf Akademik UTM

Siapa kata tugas pensyarah hanya mengajar saja.. Macam-macam tugas pensyarah.. Ada 7 P’s yang perlu dipenuhi oleh setiap staf akademik (pensyarah) UTM termasuklah 

1) Pengajaran – mengajar kursus UG/PG

2) Penyeliaan – menyelia pelajar PG/UG secara penyelidikan, menyelia PSM, menyelia PD group, menyelia Latihan Industri

3) Penyelidikan – research grant, mengendalikan projek penyelidikan 

4) Penulisan dan penerbitan – menulis dan menerbitkan artikel jurnal, book chapter, buku asli, etc

5) Perundingan – industrial linkages/kerjasama dengan industri

6) Pengkomersilan – menghasilkan produk hasil daripada projek penyelidikan untuk dikomersilkan 

7) Perkhidmatan kepada masyarakat – berkhidmat kepada universiti dan masyarakat 

Kalau ikutkan ada lagi P iaitu Pentadbiran (penyelaras program/kursus, ketua unit/jabatan, etc) yang diserapkan di dalam P yang ke-7.