Category Archives: Other

UTM Car Free Day

Today is the day!

Program ini menggalakkan warga kampus mengamalkan aktiviti yang dapat menggurangkan pelepasan karbon seperti “Car Pool”, “Park and Ride”, dan “Cycle and Walk”.

img_3186.jpg

img_3189.jpg

UTM laksana program “Car Free Day” kurangkan pencemaran udara

JOHOR BAHRU, 20 Disember 2016 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan ‘Car Free Day’ bagi mengurangkan pencemaran udara dalam kampus di samping meningkatkan kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan warganya.
Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, berkata program ‘Car Free Day’ boleh memberikan impak yang besar kepada universiti dalam usahanya untuk mengurangkan pencemaran oleh asap kenderaan.
Menurutnya, semua jenis kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel dilarang daripada memasuki kawasan Lingkaran Ilmu sejauh 2.2 kilometer mulai jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
“Cadangan perlaksanaan Hari Tanpa Kenderaan merupakan kaedah pertama diamalkan di bawah inisiatif Kampus Rendah Karbon berikutan dalam usaha mengurangkan pencemaran di dalam kampus.
“Program ini boleh memberikan impak besar kepada masyarakat universiti dalam usahanya untuk menambahkan kualiti udara bersih dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan “Car Free Day” di Laman Menanti, di kampus Johor Bahru, hari ini.
Yang hadir di majlis pelancaran Pengarah Pelestarian Kampus Profesor Madya Dr Mohd Fadhil Md Din, Pengarah Harta Bina profesor Dr Abd Latif Saleh, Pengarah Hal Ehwal Korporat Profesor Dr Masputeriah Hamzah, anggota Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).
Program “Car Free Day” dikendalikan oleh Unit Pelestarian Kampus dengan kerjasama Pejabar Harta Bina dan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).
Selepas perasmian, Naib Canselor berjalan kaki dari Laman Menanti ke Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) sebelum berbasikal mengelilingi Masjid Sultan Ismail, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Dewan Sultan Iskandar.
Bagi staf dan pelajar yang terbabit, mereka dikehendaki meletakkan kenderaan masing di empat zon letak kereta yang ditetapkan di luar Lingkaran Ilmu.
Pejabat Harta Bina menyediakan bas untuk mengangkut mereka ke pejabat dan fakulti masing-masing dengan kekerapan antara 15 dan 20 minit.

UTM bina rumah pintar lestari – UTM Eco-Home


JOHOR BAHRU, 11 Disember 2016 – Sekumpulan penyelidik dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Muhd Zaimi Abd Majid telah berjaya membina sebuah rumah pintar lestari, UTM Eco-Home di kampus UTM Johor Bahru.
Kumpulan penyelidik yang terlibat adalah daripada Institute for Smart Infrastructure and Innovative Construction (ISIIC), UTM Construction Research Centre (UTM-CRC), Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) dan Centre of Electrical Energy Systems (CEES).
Prof. Dr. Muhd Zaimi yang juga Pengarah Kanan ISIIC, berkata pihak industri turut terlibat dalam pembinaan UTM Eco-Home dengan memberi penajaan, antaranya Bluescope Lysaght, Poly Glass Fiber Insulation, Stagno Tech, Ditrolic Solar Technology dan Chee Kong Engineering & Construction Sdn Bhd.
Majlis pelancaran UTM Eco-Home telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, di UTM pagi ini.
“Projek UTM Eco-Home merupakan kesinambungan daripada penyertaan UTM dalam Solar Decathlon China (SDC2013) yang diadakan di Datong, China dan pembinaannya dapat menjadi platform kepada penyelidik UTM yang berkaitan untuk mengetengahkan hasil penyelidikan mereka.
“Selain daripada itu, dengan adanya UTM Eco-Home, informasi dan teknologi berkaitan seperti pembinaan rumah solar, ICT dan teknologi rumah pintar dapat dikongsi dan disebarkan kepada masyarakat umum,” kata Profesor Muhd Zaimi..

UTM Eco-Home berkeluasan 1,450 kaki persegi, mengambil masa kira-kira setahun untuk dibina dengan peruntukan hampir RM 500,000. UTM Eco-Home telah direkabentuk dan dibina dengan ciri-ciri lestari, lengkap dengan teknologi rumah pintar serta penggunaan sistem tenaga diperbaharui.
UTM Eco-Home dibina menggunakan interlocking block dan konkrit bertetulang. Namun begitu, sebahagian struktur binaan UTM Eco-Home telah dibina dengan mengunakan produk-produk hasil penyelidikan UTM. Antaranya Innovative Modular Pad Footing System dan Eco-Crete. Bahan-bahan binaan berkenaan berkualiti tinggi, mesra alam, mampan serta memerlukan kos yang berpatutan.
Selain daripada itu, UTM Eco-Home turut menggunakan teknologi Fast Track Wall System (FTW). Penggunaan sistem FTW berupaya untuk mengurangkan 50 peratus masa pembinaan dan 10 hingga 15 peratus kos pembinaan.
“Sistem FTW merupakan sistem yang sangat efisyen kerana mempunyai kualiti yang tinggi walaupun dikendalikan oleh bilangan buruh yang sangat minimum dan ia juga merupakan sistem pembinaan yang mesra alam kerana menghasilkan lebihan yang minimum dan rendah jejak karbon,” katanya.
Banglo satu tingkat itu dibina dengan satu bilik tidur lengkap dengan bilik air, satu bilik air gunasama, ruang tamu, ruang makan, dapur serta bilik utiliti. Berkonsepkan small office-home office (SOHO), UTM Eco-Home dilihat mempunyai nilai komersial yang dapat memenuhi keperluan cara hidup moden masyarakat Malaysia.

Berita penuh: http://www.news.utm.my/2016/12/utm-bina-rumah-pintar-lestari-utm-eco-home/