20 – 30 Mei 2014
UTM Post Graduate (PG) Summer School -Advanced Research Skills yg disertai oleh enam pelajar pasca siswazah dari pelbagai fakulti berlangsung di Morocco dari 20 hingga 31 Mei 2014. Program anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia ini didanai oleh Pej Timb. Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaan melalui Pej. Hal Ehwal Korporat. Lima orang pemudahcara iaitu Prof. Madya Dr. Firdausi Razali, Dr. Eraricar Salleh dan Dr. Dayang Norulfairuz Abang Zaidel, dipertanggungjawab untuk menyelia program ini.
Program yang berlangsung selama tiga minggu ini terdiri dari tiga fasa, iaitu fasa persediaan bermula dari 19 April- 19 Mei di UTM, diikuti fasa perlaksanaan antara 20-31 Mei di Morocco, dan fasa pembentangan dapatan bermula pada 1-19 Jun 2014. Objektif summer school ini adalah mengasah kemahiran penyelidikan termaju di kalangan pelajar pasca siswazah dalam konteks isu sejagat (global).
Dalam program ini, dua kumpulan tiga pelajar diminta menyelidik beberapa kajian kes berkaitan isu pendidikan yang dihadapi oleh negara dan masyarakat Morocco. Para pelajar telah menjalankan kerja lapangan yang bertempat di tiga daerah utama Morocco iaitu Casablanca, Rabat dan Marrakech. Pada fasa ini, pelajar menjalankan kajian kes sebenar berkaitan isu-isu di Morocco. Mereka telah mengenalpasti masalah, merancang, mengumpul data, dan mengurus penyelidikan secara kreatif dan inovatif, seterusnya mencadangkan produk atau perkhidmatan yang mampu menyelesaikan setiap masalah yang dikaji. Di antara projek yang telah dicadangkan oleh pelajar-pelajar adalah seperti “Education Level of Childhood” dan “Education Level of University Students in Morocco”.
Kerajaan Morocco atau Maghribi adalah negara Afrika Utara yang bersempadan dengan Lautan Atlantik Utara dan Laut Mediterranean antara Republik Algeria dan Barat Sahara dan Maghribi mentadbir kebanyakan kawasan yang dipertikaikan Sahara Barat. Maghribi adalah raja berperlembagaan dengan parlimen dipilih. Kerajaan Maghribi kekal satu-satunya negara Afrika bukan ahli Kesatuan Afrika sebelum ini dikenali sebagai “Pertubuhan Kesatuan Afrika” atau OAU Morocco unilateral menarik diri dari OAU pada November 12, 1984 ke atas penerimaan masuk Sahrawi Arab Republik Demokratik (Sadr) pada tahun 1982 oleh Kesatuan Afrika sebagai ahli penuh tanpa penganjuran satu referendum penentuan sendiri dalam wilayah yang dipertikaikan Sahara Barat . Ia diberkati dengan banyak sumber semula jadi termasuk fosfat, bijih besi, mangan, zink, garam, ikan, dan plumbum. Maghribi mempunyai penduduk lebih 33 juta dan kawasan seluas 446.550 km2 (172410 batu persegi). Bandar pentadbiran adalah Rabat dan bandar terbesar ialah Casablanca manakala bandar-bandar utama yang lain di Maghribi termasuk Marrakesh, Tangier, Tetouan, Salé, Fes, Agadir, Meknes, Oujda, Kenitra, dan Nador. Satu kuasa serantau sejarah terkemuka, Maghribi mempunyai sejarah kemerdekaan tidak dikongsi oleh jiran-jirannya. Budaya yang berbeza adalah campuran Arab, asli Berber, Afrika, dan pengaruh Eropah.
Keadaan pendidikan Maghribi adalah kurang memuaskan. Terdapat perubahan ketara seperti yang telah dijangka oleh Moroccanssince 1956. Kegagalan reformasi pendidikan mereka adalah disebabkan oleh banyak pembolehubah yang boleh sama ada dikaitkan dengan pelajar, pereka kurikulum, guru, pembuat dasar atau ibu bapa. Graduan dari Universiti hanya berpengetahuan tentang teori dan tidak pernah diterjemahkan ke dalam kemahiran untuk dipadankan dengan keperluan pasaran buruh. Untuk guru sekolah rendah dan menengah, mereka masih percaya bahawa tugas mereka adalah untuk mengisi minda pelajar dengan maklumat dan idea tetapi bukan pemahaman mereka. Kerajaan Maghribi mempunyai kadar celik huruf yang kira-kira 56.1% bagi jumlah penduduk dengan kadar celik huruf wanita berlegar 43.9%. Dalam erti kata lain, hanya kira-kira 43.9% daripada penduduk wanita di atas usia 15 boleh membaca dan menulis di Maghribi hari ini yang sangat buruk berbanding dengan kebanyakan negara lain di Afrika. Mereka juga perlu menghabiskan pendidikan hingga ke tahap PhD bagi memperolehi pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan atau pun perlu bersaing dengan para graduan luar negara bagi profesion tertentu. Pendidikan percuma yang ditanggung pihak kerajaan juga bukan sesuatu yang mudah diperolehi bagi masyarakat setempat. Masalah bahasa juga antara isu penting yang boleh dikaitkan dengan pendidikan mereka di mana bahasa pengantar mereka samada bahasa Perancis, Arab dan minoriti nya bahasa Inggeris.
Antara aktiviti semasa kajian kes ini adalah mengedar borang kaji selidik, menemuramah warga awam dan akademia, membentang dan berkongsi pandangan dengan para pelajar di beberapa daerah seperti Fakulti Sains, Mohamed V-Agdal Universiti, Rabat dan Fakulti Sains, Universiti Cadi Ayyad, Marrakech. Selain itu, Centre National Scientific Researcher Technique dan Structure & Molecule Element Laboratories turut dilawati bagi mengetahui tahap pendidikan dan teknologi yang didedahkan kepada masyarakat Morocco.
Pelajar-pelajar juga berpeluang menyelami sejarah Morocco melalui lawatan ke Chellah dan Oudaya di Rabat, Masjid al-Qawariyyin (juga merupakan universiti tertua di Morocco) dan Muzium Belghazi (mempamerkan koleksi seni tradisional Maghribi) di Fez dan juga UNESCO’s Heritage Site di Marrakech. Selain ini pelajar juga berpeluang menikmati cara hidup masyarakat di Morocco dan merasai keunikan makanan tradisi masyarakat tempatan dengan berkunjung ke rumah wakil pelajar Fakulti Sains, Mohamed V-Agdal Universiti di Sale.