Tanda-tanda Burnout

Pernahkah anda rasa letih berpanjangan dan tiada motivasi untuk melakukan tugasan harian? Jika pernah, anda mungkin mengalami ‘burnout’.

‘Burnout’ ialah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan dan berpunca daripada pelbagai faktor seperti beban kerja terlalu banyak dan tidak mendapat sokongan orang sekeliling.

Ambil masa untuk rehat seketika dan belajar uruskan emosi dengan baik di samping mengamalkan pemakanan seimbang bagi mengatasi masalah burnout. Dapatkan juga bantuan professional seperti kaunselor jika perkara ini berterusan.

Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) disediakan KPWKM bersedia membantu individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=767481252091900&set=a.228231902683507

Leave a Reply