Category Archives: UTM

Program : Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Majlis ini adalah program yang sentiasa dijalankan bagi memperingati hari kelahiran Nabi Allah Nabi Muhammad SAW. Majlis dijalankan pada 13 Disember 2018 bertempat di Dewan Seminar, CICT.

Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Rasulullah SAW secara beramai-ramai yang diketuai oleh Encik Mokhles bin  Md Sawal.

Majlis diteruskan dengan ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan & diakhiri dengan jamuan makan.

Wacana Ilmu : Klinik eLNPT

eLNPT adalah Penilaian Prestasi Tahunan bagi setiap staf berstatus bukan akademik. Proses penilaian ini akan dilakukan pada setiap tahun di penghujung tahun tersebut.

Terdapat pelgabai elemen yang perlu diisi dengan tepat & jelas oleh setiap pegawai yang akan dinilai.

Klinik ini telah dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran, pengalaman & maklumat serta tatacara yang betul lebih-lebih lagi menggunapakai sistem yang baru dibangunkan bagi menggantikan sistem lama.

Taklimat diberikan pada 19 Disember 2018 yang lepas bertempat di Bilik Latihan 1, CICT. Penceramahnya adalah terdiri daripada: Encik Abdul Rahman bin Hamzah, Puan Shafika Hani binti Mohd Bakri, Puan Suzana binti Sulaiman, Puan Fazilah binti Senan & Puan Aruslin binti Abdullah.

Klinik sebegini adalah penting untuk dihadiri kerana keperluan sesuatu sistem atau proses kerja adalah bergantung kepada pihak yang bertanggungjawab. Sekiranya program ini tidak dihadiri, mana mungkin individu tersebut dapat mengisi dengan tepat sebagaimana keperluan.

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang bekerjasama dalam menjayakan program bermanfaat ini.