Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang beroperasi 24 jam setiap hari. Antara skop perkhidmatan Talian Kasih adalah perlindungan, kebajikan, penderaan, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif dan bimbingan sosial remaja.
Orang ramai diingatkan supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan Talian Kasih 15999. Jadilah pengguna yang bertanggungjawab kerana tindakan tidak bermoral anda itu mungkin menyusahkan orang lain yang benar-benar memerlukan bantuan.
Pernahkah anda rasa letih berpanjangan dan tiada motivasi untuk melakukan tugasan harian? Jika pernah, anda mungkin mengalami ‘burnout’.
‘Burnout’ ialah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan dan berpunca daripada pelbagai faktor seperti beban kerja terlalu banyak dan tidak mendapat sokongan orang sekeliling.
Ambil masa untuk rehat seketika dan belajar uruskan emosi dengan baik di samping mengamalkan pemakanan seimbang bagi mengatasi masalah burnout. Dapatkan juga bantuan professional seperti kaunselor jika perkara ini berterusan.
Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) disediakan KPWKM bersedia membantu individu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.
Keganasan rumah tangga adalah satu jenayah serius yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat terutama kumpulan sasar Kementerian seperti golongan wanita dan kanak-kanak.
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] diadakan adalah untuk memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga. Berikut adalah kumpulan yang dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521].
Jangan takut! Laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kes keganasan rumah tangga. Usah biarkan diri terus menjadi mangsa sehingga membawa kemudaratan kepada kesihatan fizikal dan mental.
Keganasan yang berlaku dalam rumah tangga di Malaysia merupakan kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521].
Sekiranya anda atau ahli keluarga/jiran menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Jangan berdiam diri, hubungi Polis di Talian 999 atau Talian Kasih 15999/Whatsapp 0192615999 untuk mendapatkan perlindungan.
Jadilah masyarakat dan komuniti yang prihatin dan cakna dengan isu ini.
Penyakit-penyakit ini mudah berjangkit dan boleh memudaratkan kesihatan. Dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika bergejala.
Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.
Orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang di Malaysia menghidap hipertensi.
Sekiranya hipertensi tidak dicegah atau dirawat, ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, kanser dan kerosakan buah pinggang.
Rakyat Malaysia diseru untuk cakna status kesihatan bagi mencapai tahap kesihatan yang maksimum tanpa halangan atau batasan kerana kesihatan adalah milik kita. Marilah kita berusaha untuk kekal cergas dan sihat, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga, generasi masa depan dan masyarakat. Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam, Hindari Hipertensi. Sentiasa CERDIK!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum terhadap isu yang tular baru- baru ini di media sosial berkaitan dengan menghidangkan kopi bersama arang, kerana ia mungkin boleh mendatangkan risiko sekiranya dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.
Mengikut Akta Makanan 1983, arang tidak dikategorikan sebagai makanan. Sehubungan itu, penambahan arang ke dalam minuman kopi merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang jika didapati bersalah, boleh dijatuhi denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.
Proses penuaan menyebabkan perubahan fungsi tubuh. Pemakanan merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh warga emas bagi mengekalkan berat badan ideal dan memperoleh nutrien yang diperlukan.
Oleh itu, warga emas disarankan untuk memilih makanan yang lebih sihat bagi memastikan kesihatan yang optimum sehingga akhir hayat.
KKM menyeru orang ramai termasuk warga emas agar mengamalkan pemakanan sihat demi menjamin kesihatan.
Sempena cuti sekolah hujung tahun ini, orang ramai dijemput untuk datang ke kempen-kempen derma darah atau pusat kutipan darah yang berhampiran untuk menderma darah bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi. Permintaan bekalan darah di hospital kini terus meningkat dan harus kekal cukup pada setiap masa.
Sila layari laman sesawang www.pdn.gov.my untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN. Orang ramai juga boleh menghubungi pusat kutipan darah yang berhampiran untuk maklumat lanjut.
Sinusitis boleh menyebabkan hidung tersumbat dan ia juga sering dikaitkan dengan alahan hidung yang berlaku sebagai tindak balas berlebihan pada sistem keimunan (sistem pertahanan badan yang melindungi badan anda daripada benda asing) terdapat allergen.
Kebengkakkan dan radang yang berlaku secara berulang menyebabkan sumbatan saluran sinus dan pengumpulan cecair di telinga tengah yang boleh mendatangkan jangkitan di sekitar hidung dan telinga.
Ikuti, tip penjagaan tekak dan hidung yang betul sebagai panduan.
Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan gula tidak melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil di dalam makanan dan minuman harian yang lain.
Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.
Pertumbuhan dan perkembangan si kecil merujuk kepada urutan perubahan fizikal, bahasa, pemikiran dan emosi yang berlaku pada kanak-kanak dari lahir hingga awal dewasa. Setiap kanak-kanak melalui proses pertumbuhan & amp; perkembangan.
Pertumbuhan adalah peningkatan saiz & amp; jisim badan. Perkembangan pula adalah berkaitan dengan kematangan sistem saraf. Perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat () bahagian utama iaitu:
Motor kasar Motor halus dan penglihatan Psikososial Bahasa dan pertuturan
Ibu bapa perlu mengetahui asas tentang perkembangan normal kanak-kanak bagi mengenalpasti samaada anak mereka berkembang dengan baik atau tidak.
Sekiranya terdapat tanda-tanda kelewatan, anak tersebut perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil kanak-kanak mengalami kelewatan dalam mencapai sesuatu kemahiran melebihi dari tempoh usia yang sepatutnya.
Situasi COVID-19 di Malaysia dalam keadaan terkawal. Namun, harus diingatkan bahawa virus COVID-19 masih berada di sekeliling kita.
Sentiasa amalkan 3W, Elak 3S, ambil vaksin dan dos penggalak, serta lakukan TRIIS sekiranya bergejala.
Walaupun kebanyakan gejala jangkitan adalah ringan, tetapi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai ko-morbid serta tidak divaksin, berisiko lebih tinggi mendapat gejala teruk.
Kini, bilangan kes demam denggi dalam jarak 200 meter serta status wabak satu kawasan dapat diakses melalui aplikasi iDengue atau pautan laman sesawang iDengue di https://idengue.mysa.gov.my/
Pelbagai informasi termasuk bahan pendidikan kesihatan berkenaan denggi juga terdapat dalam aplikasi dan laman sesawang iDengue.
Oleh itu, Setiap lapisan masyarakat perlu bertanggungjawab dan bertindak proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat.
Antara tempat yang paling berbahaya ketika banjir adalah di kawasan talian elektrik telah jatuh.
Orang ramai yang berada di kawasan yang terjejas akibat banjir dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana- mana pepasangan elektrik yang rosak.
Untuk sebarang isu berkaitan tiang elektrik sila hubungi TNB Careline 15454 untuk melapor.
Proses untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah kepada seseorang perokok dan memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi bagi melaksanakannya.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk menuju generasi masa hadapan yang bebas tanpa sebarang amalan merokok demi kesihatan dan kesejahteraan semua.
Kurangkan risiko diabetes dengan mengamalkan gaya hidup sihat, tingkatkan aktiviti fizikal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman, tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran serta hindari rokok dan alkohol.
Ambil tahu tentang 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 ketika persediaan menghadapi banjir.
Pastikan keperluan untuk ibu hamil, pesakit kronik yang memerlukan rawatan dan pesakit yang terlantar serta haemodialisis seperti rekod perubatan dan ubat-ubatan disediakan awal. Peka kepada arahan pihak berkuasa dan buat persediaan awal untuk pemindahan sekiranya perlu.
“𝙆𝙀𝙎𝙄𝘼𝙋𝙎𝙄𝘼𝙂𝘼𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙉𝘾𝘼𝙉𝘼 𝙏𝘼𝙉𝙂𝙂𝙐𝙉𝙂𝙅𝘼𝙒𝘼𝘽 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼”
Sumber : https://www.facebook.com/photo?fbid=738196085009064&set=a.221890943306250
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai ‘𝐬𝐞𝐩𝐭𝐢𝐜 𝐬𝐡𝐨𝐜𝐤’ dan membahayakan nyawa.
Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.
Dikongsikan tanda-tanda sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.
Maksud : “Ya Allah, kami memohon kepada Engkau akan keselamatan agama, kesihatan tubuh badan, bertambahnya pengetahuan, berkahnya rezeki, menperoleh taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, mendapat keampunan sesudah mati.”
“Dan ringankanlah sekiranya dalam sakaratul maut, dan selamatkanlah daripada siksa api neraka dan dapatkan kami keampunan pada hari hisab (perhitungan).”
2. Doa selamat dan menolak Bala
Doa selamat dan menolak bala ini berisi tentang permohonan kepada Allah SWT, agar selamat dari segala bencana, siksaan, atau ujian kehidupan.
“Ya Allah, jauhkanlah kami dari semua ujian dunia dan sesa akhirat. Palingkan kami dari keburukan dunia dan seksa akhirat dengan hal Al-Quran yang agung dan darjat Nabi-Mu yang pemurah. Semoga Allah mengampuni kami dan mereka.”
“Wahai Zat yang Maha Pengasih. Maha suci Tuhan, Tuhan keagungan dari segala yang mereka sifatkan. Semoga salam tercurah kepada Rasul. Segala puji bagi Allah, semesta alam.”
Sempena sambutan Hari Kusta Sedunia ini, marilah kita bersama-sama:
Meraikan orang yang pernah mengalami kusta Meningkatkan kesedaran tentang penyakit kusta Menyahut seruan untuk menamatkan stigma dan diskriminasi yang berkaitan dengan kusta.
Kini, kusta boleh dirawat dengan berkesan dan pengasingan pesakit adalah TIDAK DIPERLUKAN lagi.
Mari kita HENTIKAN STIGMA DAN DISKRIMINASI terhadap pesakit dan keluarga kerana ianya boleh menyumbang kepada penularan penyakit itu dalam komuniti.