BOOKS
Title :
MEMACU KEGEMILANGAN PENDIDIKAN TINGGI BERPAKSI KEMANUSIAAN
ISBN :
978-983-52-1603-9
Published Year :
2019
Publisher :
UTM Press
Description
Buku ini menggariskan gerak kerja UTM bagi tahun 2019. Ia membentangkan beberapa perkara asas yang memerlukan perhatian seluruh warga dalam menjayakan perancangan UTM bagi tahun 2019 dan tahun-tahun mendatang. Pelbagai inisiatif, pelan tindakan dan Indeks Prestasi Utama, serta Pelan Global UTM (2012-2020) dijadikan rujukan utama.
Title :
UNIVERSITI CEMERLANG MENJANA KESEJAHTERAAN SEJAGAT
ISBN :
978-983-52-1518-6
Published Year :
2018
Publisher :
UTM Press
Description
Dalam Buku Perutusan 2018, penulis memilih judul Universiti Cemerlang Menjana Kesejahteraan Sejagat. Judul ini amat signifikan disebabkan ia terus dihubungkait dengan falsafah UTM. Dengan jelas, falsafah ini mengungkapkan suatu usaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan sains, teknologi dan kejuruteraan melalui pendidikan tinggi demi membina kehidupan yang sejahtera dan makmur bagi masyarakat sejagat.
Title :
MENJAYAKAN KELANGSUNGAN SEBUAH UNIVERSITI
ISBN :
978-983-52-1369-4
Published Year :
2017
Description
Dengan cabaran baharu yang lebih getir dalam menghadapi ketidaktentuan (uncertainty) dan gangguan (disruption) berskala besar, UTM perlu bersedia mengharungi cabaran dan kekangan dengan melakukan perubahan besar agar terus kekal relevan dan mampu memainkan peranan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang boleh memenuhi aspirasi Negara di samping menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. Seluruh warga UTM perlu terus menggalas tanggungjawab dengan memainkan peranan signifikan bagi menyumbang ke arah ini.
Title :
KELESTARIAN PENDIDIKAN TINGGI KE ARAH PENGHASILAN BERIMPAK
ISBN :
978-983-52-1179-9
Published Year :
2016
Publisher :
UTM Press
Description
Penyataan YB Menteri Pendidikan Tinggi sangat menarik perhatian umum. Menurutnya, rakyat Malaysia berhak memperoleh peluang pendidikan tinggi yang terbaik dan berkualiti. Rakyat perlu yakin terhadap kepakaran dan keupayaan kita untuk menawarkan pengalaman kesarjanaan berkualiti di dalam negara. Oleh itu, seluruh warga universiti seharusnya melihat tanggungjawab menjayakan dasar pendidikan tinggi sebagai cara terbaik menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Title :
MENERAJUI INOVASI KE ARAH KEMAKMURAN SEJAGAT
ISBN :
978-983-52-1024-2
Published Year :
2015
Description
Menerajui inovasi bukan sahaja untuk memperkasakan budaya inovasi institusi, malah kita berazam untuk menanam dan menyuburkan keupayaan berinovasi yang tinggi dalam kalangan graduan UTM. Kita mahu UTM dan inovasi adalah sinonim bukan sahaja sebagai tag line atau ‘brand promise’, malah diserlahkan sebagai budaya yang sebati dengan UTM. Inovasi merentasi banyak ciri-ciri lain yang perlu dibudayakan di UTM, iaitu minda entrepreneurial dan global. Kemakmuran sejagat adalah matlamat akhir UTM yang dinukilkan dengan jelas dalam falsafah UTM dan seiring dengan misi penjanaan kekayaan negara melalui penghasilan modal insan dan teknologi yang inovatif. Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, UTM juga mempunyai tanggungjawab bukan setakat cemerlang dalam penyelidikan dan pembangunan yang memerlukan daya inovasi yang hebat, malah perlu berupaya menjana kekayaan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan.
Title :
MENJAYAKAN UTM GLOBAL: KESEPAKATAN, KETERANGKUMAN DAN KETERLIBATAN
ISBN :
978-983-520-944-4
Published Year :
2014
Publisher :
UTM Press
Description
Perutusan Tahun Baharu 2014 membawa tema ‘kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan’ (consensus, inclusiveness, engagement). Kita akan mengatur setiap langkah dengan mengambilkira pandangan semua pihak. Setiap pandangan akan diraikan sewajarnya untuk membolehkan seluruh warga universiti memberi pandangan konstruktif agar usaha penambahbaikan secara berterusan dapat dilaksanakan. Sesungguhnya semangat kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan telah digagaskan oleh kepimpinan universiti dari dahulu hingga kini. Sumbangan kepemimpinan daripada warga UTM terdahulu yang telah berjaya membina satu budaya kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan warga universiti yang jelas dirasai impaknya pada masa ini. Sesungguhnya, ini adalah aset yang amat bernilai yang perlu dipelihara dan terus disuburkan oleh kita bersama untuk memastikan UTM terus unggul terbilang dan menjadi universiti sanjungan bangsa.
Title :
PROJEK PEMBANGUNAN UTM DI BAWAH RMK-9
ISBN :
978-983-521-001-3
Published Year :
2014
Description
Buku Projek Pembangunan UTM Di Bawah RMK–9 memuatkan aktiviti pengurusan projek pembangunan UTM dari mula perancangan hingga sesebuah bangunan beroperasi. Pelaksanaan projek pembangunan UTM di bawah RMK–9 ini bermula pada tahun 2006. Keseluruhan projek UTM RMK-9 adalah bernilai hampir RM1 bilion dan merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah UTM di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia. Buku ini merakamkan pengalaman pelaksanaan pengurusan projek pembinaan yang melibatkan pematuhan ke atas garis panduan piawaian, prosedur permohonan di peringkat kementerian, kelulusan kewangan, dan banyak lagi. Setiap aktiviti pengurusan kerja direkodkan secara terperinci melalui analisis dan penambahbaikan terhadap sesuatu proses. Secara umumnya, projek pembangunan UTM adalah merupakan kesinambungan untuk membangunkan kampus universiti kondusif dan lestari yang setaraf di peringkat global.
Title :
3 DEKAD PEMBANGUNAN KAMPUS UTM
ISBN :
978-983-52-0770-9
Published Year :
2011
Publisher :
UTM Press
Description
Buku 3 Dekad Pembangunan Kampus UTM merupakan hasil pengumpulan maklumat daripada koleksi kertas kerja, laporan projek–projek pembangunan, buku serta majalah berkaitan yang bertujuan bagi mendokumentasikan sejarah pembangunan UTM. Perlaksanaan pembangunan kampus baru UTM ini telah dimulakan sejak tahun 1973. Sejarah penamaan kampus kepada Universiti Teknologi Malaysia tercatat pada 1 April 1975 apabila ITK dinaik taraf kepada UTM. Buku ini juga menceritakan konsep pembangunan yang dilaksanakan serta mengambil kira beberapa kriteria perancangan bagi melancarkan perlaksanaan projek dari Rancangan Malaysia Ke–3 sehinggalah Rancangan Malaysia Ke–8.
About the author
Former Vice-Chancellor of UTM
Wahid Omar