Baru-baru ni Arked Meranti UTM JohorBahru telah dilancarkan semula selepas melalui proses naik taraf yang dilaksanakan dengan kerjasama UTM Holding (nanak syarikat UTM). Dengan pelancaran semula pembukaan  Arked Meranti ni, konsep dan pendekatan yang diterapkan juga lebih hipster dan moden. Mengikut peredaran semasa. Daripada warna bangunan hinggalah kepada penggunaan meja dan kerusi termasuk konsep bayaran tanpa tunai.

Gambar asal.

Arked Meranti dibuka semula pada 2 Disember 2019 dengan konsep baru dengan mengekalkan konsep kelestarian dalam suasana ruang makan yang moden. Daripada aspek kelestarian, pelanggan perlu menggangkat pinggan dan mengasingkan sisa makanan di tempat yang disediakan. Sisa makanan ini seterusnya akan dikumpulkan untuk dijadikan baja kompos yang seterusnya digunakan dalam aktiviti lanskap di dalam kampus. Selain itu, baja kompos ini turut dijual kepada umum.

Selain itu, Arked Meranti juga memperkenalkan pelaksanaan penjualan dengan kaedah pembayaran tanpa tunai sepenuhnya. Pada peringkat permulaan, kerjasama bersama QRPay Maybank diwujudkan untuk platfom pembayaran, kini, platform pembayaran lain turut diterima di kafe ini secara berperingkat menggunakan perkhidmatan ewallet yang lain seperti TnGOwallet dan Boost.

Pelancaran Arked Meranti telah diadakan pada 8 Disember lalu oleh Datuk Naib Canselor sendiri dan telah mendapat lipuran yang sangat baik terutama di media sosial, Facebook. Antara entri paling berjaya dengan lebih 90,000 impression (setakat entri ini ditulis).

Bila dan hangat cerita ni, tak sangka pula gambar yang aku gunakan dalam FB rasmi NC tu viral dan diceduk oleh satu akhbar ni. Gembira ada, terkilan pun ada bila gambar sendiri kena ambil macam tu, siap crop logo lagi. Nasib ada logo di bahagian tengah sebagai ganti.

Dalam zaman digital ni, macam-macam benda yang mustahil boleh berlaku. Petik jari je. Video badan lain muka lain pun orang boleh buat, inikan pula foto.

gambar yang berjaya menambat hati.

gambar yang berjaya menambat hati . 2 gambar sekali 🙂

Gembira tetap ada, bila gambar yang diambil tu gambar sendiri, ambil pakai handphone je tu. Tak sangka pula ada yang berminat. Apa pun, nasib baik pada gambar tu ada kredit dia ambil daripada mana. Sekurang-kurangnya ada la kredit, daripada main ambil tapi buat-buat tak tau, tu yang tak seronok.

Apa pun kena lebih berhati-hati selepas ni, bila nak kongi apa-apa gambar, untuk mengelak daripada disalah guna olehpihak yang tak bertanggungjawab. Sama-sama la beringat.