[rujukan asal : http://www.istiadat.gov.my/v8/borang_skp2016/panduan.html]

Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP)

 Pencalonan adalah untuk DKBPP yang lebih tinggi daripada DKBPP yang pernah diterima oleh calon berdasarkan Susunan Keutamaan DKBPP berikut:

Bil. DKBPP Ringkasan
1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa S.P.
2. Darjah Kerabat Diraja Malaysia D.K.M. ∅
3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara D.M.N. ∅
4. Seri Maharaja Mangku Negara S.M.N.
5. Seri Setia Mahkota Malaysia S.S.M.
6. Darjah Bakti D.B.
7. Panglima Mangku Negara P.M.N.
8. Panglima Setia Mahkota P.S.M.
9. Panglima Jasa Negara P.J.N.
10. Panglima Setia Diraja P.S.D.
11. Johan Mangku Negara J.M.N.
12. Johan Setia Mahkota J.S.M.
13. Johan Setia Diraja J.S.D.
14. Kesatria Mangku Negara K.M.N.
15. Kesatria Setia Diraja K.S.D.
16. Ahli Mangku Negara A.M.N.
17. Pingat Pangkuan Negara P.P.N.
18. Bentara Setia Diraja B.S.D.
19. Panglima Gagah Berani P.G.B.
20. Jasa Perkasa Persekutuan J.P.P.
21. Pingat Tentera Udara P.T.U. ∅
22. Pingat Kebaktian P.K. ∅
23. Pingat Khidmat Berbakti P.K.B. ∅
24. Pingat Perkhidmatan Setia P.P.S. ∅
25. Kepujian Perutusan Keberanian K.P.K.
26. Pingat Perkhidmatan Am P.P.A. ∅
27. Pingat Peringatan Malaysia P.P.M. ∅
28. Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu P.N.B.B. ∅
29. Pingat Jasa Malaysia P.J.M. ∅
30. Pingat Pertabalan – ∅
 ∅ DKBPP ini tidak dibuka untuk pencalonan

 

MAKLUMAT RINGKAS DKBPP

  1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.)

(i)    Bintang Kehormatan ini dikurniakan kepada sesiapa juga yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan.

(ii)   Seseorang yang menerima anugerah ini layak untuk mendapat elaun kenangan berjumlah RM2,000.00 sebulan. Bagi anugerah posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM 20,000.00.

(iii)  Penerima pertama S.P. ialah mendiang Veloo a/l Rajavelu pada tahun 1963. Beliau dianugerahkan kerana keberanian dan semangat kemasyarakatan dalam membanteras rompakan di Klang pada Ogos 1962 sehingga mengorbankan nyawanya.

 

  1. Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)

(i)    Darjah Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara ini dikurniakan kepada mereka yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada negara selama beberapa waktu dengan penuh tanggungjawab dan mereka ini mempunyai kedudukan yang tinggi serta berpengaruh.

(ii)   Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘TUN’.

  1. Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
  • Darjah Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ini dikurniakan kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa yang cemerlang kepada Negara dengan penuh tanggungjawab dan berpengaruh serta bertaraf tinggi kedudukannya.
  • Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘TUN’.
  1. Darjah Bakti (D.B.)
  • Darjah ini dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan dalam semua bidang seperti bidang seni, sains dan kemanusiaan, dan telah mempunyai nama yang masyhur di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
  • Darjah ini telah dikurniakan kepada YBhg. Dato’ Nicol Ann David, ratu squash negara dan YBhg. Dato’ Lee Chong Wei, jaguh badminton negara.

 

  1. Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
  • Darjah Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara ini dikurniakan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukannya serta terkenal kerana perkhidmatan cemerlang mereka kepada Negara dalam apa jua lapangan.
  • Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘TAN SRI’.

 

  1. Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
  • Darjah Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Mulia Setia Mahkota ini dikurniakan kepada mereka yang mempunyai taraf kedudukan yang tinggi serta terkenal kerana khidmat cemerlang kepada Negara dalam apa jua lapangan.
  • Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘TAN SRI’.

 

  1. Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
  • Darjah Pangkat Pertama kepada Darjah Yang Mulia Jasa Negara ini dikurniakan kepada mereka yang mempunyai taraf kedudukan yang tinggi serta terkenal kerana khidmat cemerlang kepada Negara dalam apa jua lapangan.
  • Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘DATUK’.

 

  1. Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
  • Darjah Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja ini dikurniakan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
  • Pengurniaan Darjah Kebesaran ini membawa gelaran ‘DATUK’.

 

  1. Johan Mangku Negara (J.M.N.)

(i)    Darjah Pangkat Ketiga dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara ini dikurniakan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukan dan telah membuat jasa cemerlang kepada negara. Tidak membawa gelaran.

 

  1. Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
  • Darjah Pangkat Ketiga dalam Darjah Yang Mulia Setia Mahkota ini dikurniakan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukan dan telah membuat jasa cemerlang kepada Negara. Tidak membawa gelaran.

 

  1. Johan Setia Diraja (J.S.D.)
  • Darjah Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja ini dikurniakan kepada mereka yang telah memberikan khidmat dan jasa yang cemerlang serta taat setia yang tinggi kepada institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

 

  1. Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)

(i)    Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah berjasa tinggi kepada Negara dalam apa jua lapangan. Tidak membawa gelaran.

 

  1. Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)

(i)    Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah mempersembahkan jasa yang cemerlang kepada institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

 

  1. Ahli Mangku Negara (A.M.N.)

(i)    Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah memberi jasa-jasa yang cemerlang. Sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan adalah yang lebih daripada yang sepatutnya.

 

  1. Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.)
  • Pingat ini dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dan kesetiaan terhadap perkhidmatan dan Negara dalam apa juga lapangan.

 

  1. Bentara Setia Diraja (B.S.D.)
  • Pingat ini dikurniakan kepada mereka yang mempersembahkan khidmat dengan bersungguh-sungguh dan setia kepada institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

  

 

  1. Panglima Gagah Berani (PGB)

(i) Bintang Kehormatan ini dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa sewaktu menghadapi musuh tanpa memikirkan keselamatan diri serta boleh dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal dunia (posthumous).

(ii)   Seseorang yang menerima anugerah ini layak untuk mendapat elaun kenangan berjumlah RM1,500.00 sebulan. Bagi anugerah posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM15,000.00.

(iii)  Antara penerima pertama P.G.B. ialah YBhg. Leftenan Datuk Abdul Rahman bin Haji Khamis (B) pada tahun 1958. Beliau dikurniakan bintang ini kerana keberanian, kemahiran dan kepakaran luar biasa dalam operasi menentang kegiatan komunis sekitar tahun 1957.

 

  1. Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.)

(i)    Bintang ini dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa tanpa berhadapan dengan musuh. Pingat ini boleh dikurniakan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia (posthumous).

(ii)   Antara penerima pertama JPP ialah mendiang Koperal Penyiasat Choo Chan dari Cawangan Khas Perak pada tahun 1958. Beliau dikurniakan bintang ini kerana keberanian dalam banyak operasi khas dan juga ketika menyerang kem musuh.

(iii)  Seseorang yang menerima anugerah ini layak untuk mendapat Elaun Kenangan berjumlah RM1,000.00 sebulan. Bagi anugerah posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM10,000.00.

 

  1. Pingat Tentera Udara (P.T.U.)

(i)    Pingat ini dikurniakan kerana keperwiraan, keberanian atau taat setia yang teristimewa yang ditunjukkan oleh anggota-anggota Tentera Udara Diraja Malaysia semasa menjalankan tugas di dalam dan di luar operasi penerbangan. Pingat ini boleh dikurniakan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.

(ii)   Seseorang yang menerima anugerah ini layak untuk mendapat Elaun Kenangan berjumlah RM1,000.00 sebulan. Bagi anugerah posthumous, elaun kenangan akan dibayar kepada waris kadim sekaligus berjumlah RM10,000.00.

(iii)  Pengurniaan Pingat PTU telah dihentikan pada Tahun 2011 dan calon yang layak boleh dipertimbangkan untuk pengurniaan Pingat JPP mengikut syarat yang telah ditetapkan.

 

 

  1. Kepujian Perutusan Keberanian (K.P.K.)

(i)    Anugerah ini dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang telah menunjukkan sesuatu yang dianggap gagah atau berani dan patut diiktiraf, akan tetapi taraf keberanian tidaklah sebegitu tinggi untuk dikurniakan sesuatu Pingat. Lambang ini boleh dikurniakan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP – (SMN, SSM)

KRITERIA S.M.N. S.S.M.
1. Jawatan/ Taraf

 

v  TYT Yang di-Pertua Negeri

v  Bekas Perdana Menteri

v Bekas Timbalan Perdana Menteri

v Ketua Hakim Negara

2.  Pentadbiran & Profesional

a) Gred Jawatan


b) Umur
c) Tempoh Khidmat  
3.  Tentera

4.  Polis

5.  Swasta

b) Umur
c) Tempoh Khidmat
6.  Ahli Politik

a) Jawatan

b) Umur
c) Tempoh Penglibatan

 

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP – (PMN, PSM)

 

KRITERIA P.M.N. P.S.M.
1. Jawatan/ Taraf

 

 

 

 

v  YDP Dewan Negara

v  YDP Dewan Rakyat

v  Bekas Menteri (Kanan)

v  Ketua Setiausaha Negara

v  Peguam Negara

v  Panglima Angkatan Tentera (PAT)

v  Ketua Polis Negara (KPN)

 

v Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

v Bekas Menteri

v Presiden Mahkamah Rayuan

v Hakim Besar Malaya

v Hakim Besar Sabah/ Sarawak

v Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan

v Hakim-hakim Mahkamah Rayuan

2. Pentadbiran & Profesional
a) Gred Jawatan v Gred Utama Turus I, II

v Gred Utama Turus III (Kanan)

b) Umur   Melebihi 50 tahun
c) Tempoh Khidmat   Melebihi 25 tahun
3. Tentera

 

 

 

4.   Polis

 

 

5.   Swasta

 

 

 

 

 

 

v Panglima Tentera Darat

v Panglima Tentera Laut

v Panglima Tentera Udara

 

v Timbalan Ketua Polis Negara (DIG)

 

v Pengerusi/ Presiden

Syarikat Utama

b) Umur Melebihi 50 tahun
c) Tempoh Khidmat Melebihi 25 tahun
6.  Ahli Politik

 

a) Jawatan

 

v YDP Dewan Negara

v YDP Dewan Rakyat

v Bekas Menteri (Kanan)

v Bekas Presiden Parti Komponen Utama

vBekas Menteri

vBekas Menteri Besar

vBekas Ketua Menteri

 

 

b) Umur Melebihi 50 tahun Melebihi 50 tahun
c) Tempoh Penglibatan Melebihi 15 tahun Melebihi 15 tahun

 

 

SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP – (PJN, PSD)

KRITERIA P.J.N. P.S.D.
1. Jawatan/ Taraf

 

 

 

 

v  Bekas Timbalan Menteri

v  Timbalan YDP Dewan Negara/ Rakyat

v  Bekas SUPAR

v  Mufti

 

v Terlibat secara langsung dengan tugasan berkaitan Institusi SPB Yang                     di-Pertuan Agong

 

2. Pentadbiran & Profesional
a) Gred Jawatan v Gred Utama Turus III

v Gred Utama/ Khas A (Kanan)

b) Umur Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Khidmat   Melebihi 20 tahun 5 tahun
3. Tentera

 

4. Polis

5. Swasta

 

v Penjawat 4 Bintang

 

 

v Pesuruhjaya Polis (CP) Kanan

v Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Utama

b) Umur Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Khidmat Melebihi 20 tahun 5 tahun
6.  Ahli Politik

 

a) Jawatan

 

v Bekas Timbalan Menteri

v Timbalan YDP Dewan Negara/ Rakyat

v Ahli Parlimen

v Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

b) Umur Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Penglibatan Melebihi 15 tahun 5 tahun

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP – (JMN, JSM)

 

KRITERIA J.M.N. J.S.M.
1. Jawatan/ Taraf
2. Pentadbiran & Profesional
a) Gred Jawatan v Gred Utama/ Khas A dan B v Gred Utama/ Khas C
b) Umur Melebihi 45 tahun Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Khidmat   Melebihi 15 tahun Melebihi 15 tahun
3.   Tentera

 

 

 

 

4.   Polis

 

 

 

 

5.   Swasta

 

v Lt. Jeneral

v Laksamana Madya

 

 

 

v Pesuruhjaya Polis (CP)

 

 

 

 

v Mej. Jeneral

v Laksamana Muda

v Brig. Jeneral

v Laksamana Pertama

 

v Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP)

v Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC)

 

b) Umur Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Khidmat Melebihi 15 tahun
6.   Ahli Politik

 

a) Jawatan

 

v Pengerusi Perhubungan Parti Peringkat Negeri

v Ahli Parlimen

v Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

 

v Ahli Dewan Undangan Negeri

 

b) Umur Melebihi 45 tahun Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Penglibatan Melebihi 15 tahun Melebihi 15 tahun

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP – (JSD, KSD, BSD, KMN)

 

KRITERIA J.S.D./ K.S.D./ B.S.D. K.M.N.
1. Jawatan/ Taraf

 

 

v Terlibat secara langsung dengan tugasan berkaitan Institusi SPB Yang                     di-Pertuan Agong

 

2. Pentadbiran & Profesional    
a) Gred Jawatan v Gred 53-54

v Gred 45-52 (Kanan)

v Prof. Madya

 

b) Umur Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Khidmat   5 tahun Melebihi 15 tahun
3. Tentera

 

 

 

 

4. Polis

 

 

5. Swasta

 

v Kolonel

v Kapten (L)

v Lt. Kolonel

v Komander (L)

 

v Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP)

 

b) Umur Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Khidmat 5 tahun Melebihi 15 tahun
6.   Ahli Politik

 

a) Jawatan

 

v AJK Perhubungan Parti Peringkat Negeri

 

b) Umur Melebihi 45 tahun
c) Tempoh Penglibatan 5 tahun Melebihi 15 tahun

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN PENCALONAN DKBPP – (AMN, PPN)

 

KRITERIA A.M.N. P.P.N.
1. Jawatan/ Taraf

 

 

v Terlibat secara langsung dengan tugasan berkaitan Institusi SPB Yang                     di-Pertuan Agong

 

2. Pentadbiran & Profesional    
a) Gred Jawatan v Gred 41-52

v Gred 33-40 (Kanan)

 

v Gred 32 dan ke bawah

 

b) Umur Melebihi 40 tahun Melebihi 35 tahun
c) Tempoh Khidmat   Melebihi 10 tahun Melebihi 10 tahun
3. Tentera

 

 

 

 

 

 

4. Polis

 

 

 

 

 

 

 

5. Swasta

 

v Mejar

v Lt. Komander (L)

v Kapten

v Leftenan

v Leftenan Madya (L)

v Leftenan Muda

 

v Penguasa Polis (Supt)

v Timbalan Penguasa Polis (DSP)

v Penolong Penguasa Polis (ASP)

v Ketua Inspektor

v Inspektor

 

v Lain-lain Pangkat

 

 

 

 

 

 

v Lain-lain Pangkat

 

 

 

 

 

 

 

b) Umur Melebihi 40 tahun Melebihi 35 tahun
c) Tempoh Khidmat Melebihi 10 tahun Melebihi 10 tahun
6.   Ahli Politik

 

a) Jawatan

 

v AJK Parti Peringkat Bahagian

 

v AJK Parti Peringkat Cawangan (Kanan)

 

b) Umur Melebihi 40 tahun Melebihi 35 tahun
c) Tempoh Penglibatan Melebihi 10 tahun Melebihi 10 tahun

 

 

PANDUAN MENGISI BORANG PENCALONAN DKBPP

TAHUN 2016

 

  1. Pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) hendaklah dibuat dengan menggunakan borang-borang mengikut kategori-kategori pencalonan seperti berikut :

 

Kategori Pencalonan Borang
Perkhidmatan Awam A
Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun B
Swasta/Persatuan/ Sukarela/ Sukan C
Warganegara Asing D
Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia E
Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia F
Pertubuhan Politik G

 

 

  1. Borang-borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat oleh pencadang dan dirahsiakan daripada calon.
  2. Setiap borang pencalonan hendaklah dikemukakan dalam dua salinan dan dihantar kepada pihak urusetia Jawatankuasa Tetap DKBPP sebelum tarikh tutup pencalonan iaitu 27 November 2015 (Jumaat).
  3. Pencalonan yang dihantar selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan dipertimbangkan dan akan diminta mengemukakan pencalonan untuk tahun berikutnya.
  4. Asas pencalonan ringkas hendaklah disertakan bersama dengan menggunakan format seperti di LAMPIRAN ‘1’.
  5. Jika jumlah pencalonan melebihi dua orang, senarai ringkasan maklumat calon-calon tersebut hendaklah disertakan seperti contoh berikut:

 

Contoh

 

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG

DICADANGKAN UNTUK PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2016

 

KEMENTERIAN KERJA RAYA

                                     

BIL. NAMA/ JAWATAN NO. K/P LAMA/ BARU KURNIAAN
 

1.

 

YBhg. Dato’ Lim Soo In

Ketua Pengarah

Jabatan Kerja Raya

 

 

1234567/ 520505-04-5355

PJN
 

2.

 

Puan Sarah Ganeson

Pengarah

Bahagian Saraan

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan

 

 

0199924/ 570728-06-5164

JMN
 

3.

 

Encik Yeo Eng Seng

Pengarah

Bahagian Kewangan

Jabatan Kerja Raya

 

 

4235675/ 590506-07-5929

JMN
 

4.

 

Encik Alim bin Busu

SUB

Bahagian ICT

Jabatan Kerja Raya

 

 

2345687/ 560830-12-4146

KMN
 

5.

 

Puan Seleha bte Amat

Jurutera Kanan

Jabatan Kerja Raya

 

 

2460728/ 690612-08-5328

AMN

 

 

  1. Pencalonan Kategori Perkhidmatan Awam
  • Pencalonan pegawai dan kakitangan di bawah Kategori Perkhidmatan Awam hendaklah dikemukakan melalui Kementerian masing-masing.
  • Kementerian hendaklah memastikan calon-calon yang dikemukakan bersih daripada sebarang rekod tindakan disiplin dan tatatertib dan benar-benar layak untuk dipertimbangkan.
  • Pencalonan bagi Perkhidmatan Gunasama
  • Peringkat negeri:

Pencalonan hendaklah dibuat oleh Ketua Jabatan di peringkat negeri dan disokong oleh Ketua Perkhidmatan sebelum dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan

  • Peringkat Kementerian/ Jabatan Persekutuan:

Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pegawai yang tarafnya tidak rendah daripada Setiausaha Bahagian/ Pengarah Bahagian atau yang setaraf dengannya dan disokong oleh Ketua Perkhidmatan sebelum dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan

  • Pencalonan pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan hendaklah mendapat sokongan YB Menteri/ YAB Menteri Besar/ YAB Ketua Menteri yang berkaitan.
  1. Pencalonan Kategori Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun
  • Pencalonan pegawai dan kakitangan di bawah Kategori Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun hendaklah dikemukakan melalui Kementerian di mana masing-masing bernaung.
  • Syarat-syarat lain adalah sama seperti Kategori Perkhidmatan Awam.
  1. Pencalonan Kategori Swasta/ Persatuan/ Sukarela/ Sukan

 

  • Pencalonan individu di bawah kategori swasta/ persatuan/ sukarela/ sukan hendaklah dikemukakan melalui Kementerian yang mana individu tersebut terlibat secara langsung dalam memberi khidmat bakti, sumbangan dan jasa.
  • Individu yang merupakan pegawai atau kakitangan Awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun dan dicalonkan di bawah kategori ini wajib mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan masing-masing terlebih dahulu.
  1. Pencalonan Kategori Warganegara Asing

 

  • Pencalonan warganegara asing hendaklah dikemukakan melalui Kementerian yang mana individu tersebut terlibat secara langsung dalam memberi khidmat, sumbangan dan jasa.
  • Maklumat penting seperti Nombor Pasport/nombor pemastautin tetap dan negara asal warganegara asing tersebut hendaklah disertakan dengan lengkap dan tepat untuk membolehkan urusan pencalonan dilaksanakan sewajarnya.

 

  1. Pencalonan Kategori Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
  • Pencalonan bagi kategori ini hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan melalui Urusetia Jawatankuasa Khas Pemilihan DKBPP yang dipengerusikan oleh Panglima Angkatan Tentera.
  • Setiap pencalonan diwajibkan untuk menyertakan sekali   Kad Pengenalan Awam.

 

  1. Pencalonan Kategori Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia
  • Pencalonan bagi kategori ini hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan melalui Urusetia Jawatankuasa Khas Pemilihan DKBPP yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara.
  • Setiap pencalonan diwajibkan untuk menyertakan sekali    Kad Pengenalan Awam.
  1. Pencalonan Kategori Pertubuhan Politik
  • Pencalonan bagi kategori ini hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan melalui Setiausaha Agung Parti masing-masing bagi diperakukan oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan DKBPP yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional.
  1. Keutamaan hendaklah diberi kepada calon-calon yang belum menerima sebarang DKBPP tetapi telah banyak berbakti kepada negara.
  2. Pencadang hendaklah memastikan bahawa individu yang dicalonkan belum dikurniakan dengan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang dicadangkan atau kurniaan yang lebih rendah daripada yang telah diterima.
  3. Seseorang yang telah menerima DKBPP hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun kurniaan terdahulu.
  4. Jawatankuasa Tetap DKBPP berhak memperakukan DKBPP yang lebih rendah atau menggugurkan pencalonan jika didapati DKBPP yang dicadangkan adalah tidak setaraf dengan jawatan/ sumbangan calon-calon.

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Urus setia Jawatankuasa Tetap DKBPP

Nombor telefon :

 

  1. 03-8872 6639
  2. 03-8872 6640
  3. 03-8872 6641
  4. 03-8872 6642
  5. 03-8872 6643

 

No. Faks : 03-8888 3981

 

 

Laman Web Rasmi : www.istiadat.gov.my

 

Alamat :
Setiausaha Bahagian Kanan
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B3
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA