Buat pertama kalinya dalam sejarah UTM (mengikut sumber2 yang dipercayai), para mahasiswa UTM berpeluang berbuka puasa bersama Permaisuri Johor – Canselor UTM.

Bila mula2 maklum berita ini, agak terkejut dan teruja juga sebab belum pernah mengalaminya sebelum ini. Banyak isu yang berlegar di kepala memikirkan kesesuaian persiapannya memandangkan keadaan sesi iftar oleh pelajar hanya duduk dilantai dan makan nasi di dalam talam.

Tuanku makan bersimpuh, makan dalam talam? – itu antara soalan yang ting! But then after discussion with tuanku’s PA, keputusan awal (which indirect respon) tuanku akan makan di meja, sementara pelajar duduk makan di lantai – saya kurang setuju dengan cadangan ini. Sangat… ya awak tahu. Lainlah kalau para pelajar akan turut sama makan di meja.

Kemudian, ding-ding ding-dong, kami buat keputusan untuk sediakan meja jepun dan letakkan di atas platform. Tuanku akan duduk bersimpuh di atas bantal. Lebih sesuai dan mempu mengelak kontroversi. Katerer yang berkaitan telah dimaklum, meja jepun juga berjaya dimodifikasi.

Namun, apa yang akhirnya berlaku adalah (situasi standard dalam dunia pengurusan acara) Canselor titah untuk duduk dan makan di lantai (dibatas platform sahaja) TAPI akan makan menggunakan sudu dan garfu. Menarik! Kerut dahi para vip lain yang makan bersama Tuanku.


Alhamdulillah semua berjalan lancar hinggalah isu lain pula timbul, suhu tak berapa sejuk untuk tuanku. Dalam persiapan memang tak terlintas nak sediakan memandangkan sudah ada kipas di atas kepala. Sudahnya, terpaksa angkut air cooler yang ada di ruang solat – pinjam ye imam. Settle.

Cabaran seterusnya, jam dah 6.20 petang tapi dewan masih kosong. Cuak kejap. Tapi berdikit2 hadirin mula memenuhi dewan pukul 6.40 petang. Tuanku tiba jam 6.45 dan hadirin nampak penuh. Syukur.

Majlis Bermula.

Pengacara majlis mengambil tempat untuk memulakan majlis. Doa keberangkatan dibacakan oleh Ustaz Panji Alam. Seterusnya, Pengarah Pusat Islam – Dr Aminuddin Ruskam, mengambil tempat untuk sesi tazkirah ringkas. Tepat 7.10, sesi tazkirah tamat dan pengacara mengumumkan majlis ditangguhkan sementara menanti azan Maghrib.

7.14 petang, azan berkumandang dan Ustaz Panji Alam sekali lagi mengambil tempat untuk doa berbuka puasa. Semua lancar, alhamdulillah.

Menariknya di sini untuk dikongsi adalah cara para vip bersantap (dengan sudu dan garfu). Juga cara peramu saji menguruskan para vip yang perlu melutut untuk serve.


Sesi santapan berakhir jam 7.35 malam dan tuanku terus berangkat ke bilik persiapan untuk tuanku bersiap bagi bersolat Maghrib. Pengalaman yang jarang2 untuk saya alami. Dan ya, untuk makluman, solat Maghrib dilewatkan bagi memastikan semua hadirin dapat solat berjamaah bersama2 dengan disertai Tuanku.

Selesai bersolat Maghrib, tuanku kembali ke bilik khas untuk menukar telekung dan kemudiannya berangkat pulang. Sebelum itu, sekali lagi Ustaz Panji Alam sempat membacakan doa bagi keselamatan  keberangkatan Tuanku hingga ke matlamat tujuannya di ruang Legar masjid. Untuk akhirnya majlis selesai sekitar jam 8.10 malam.

Semua lancar, alhamdulillah.