Sebagaimana tahun lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Permaisuri telah berkenan untuk hadir mencemar duli ke UTM bagi sesi berbuka puasa (iftar) bersama warga UTM pada tahun ini.
Tuanku Permaisuri juga telah berkenan menaja jamuan yang dihidangkan untuk majlis iftar yang turut dihadiri tuanku. Alhamdulillah, moga bertambah-tambah rezeki dan diberkati Illahi. amiin.
Untuk persiapan majlis Iftar ini, persiapannya hampir sama seperti tahun sudah, cuma pada perjalanan majlis agak berbeza sedikit. Pada kali ini, Tuanku hadir sejam lebih awal memandangkan ada sesi khas (penyerahan watikah pelantikan semula sebagai Canselor UTM dan sesi perbincangan khas antara Canselor dan bersama Datuk Naib Canselor.
Lokasi asal adalah di Bilik LPU, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Namun, setelah semakan dan pertimbangan semula, lokasi dipindahkan ke Bilik VIP di Masjid Sultan Ismail. – Memudahkan pergerakan bagi kelancaran majlis disamping keadaaan bilik yang tersedia kemas.
Jangkaan kehadiran adalah seramai 1800 orang dengan mengambil kiran bilangan asal 1600 beserta tambahan bilangan sebanyak 200 orang. Walau bagaimanapun, dimaklumkan juga ketidakcukupan makanan sekitar 30 talam, memaksa pihak pengurusan masjid menyediakan menu tambahan.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, termasuk juga segala persiapan. Walaupun beberapa perkara selesai pada saat akhir, namun, semuanya berlangsung lancar. Pembaikan yang berjaya dikemaskini berdasarkan pengalaman lepas, (yang paling ketara) adalah anjakan ruang solat wanita yang dianjak beberapa saf kehadapan mengambil kira keadaan yang sesak pada waktu puncak dan peletakan pendingin hawa pada ruang solat wanita.
Sedikit suasana acara untuk dikongsi bersama:
Antara perkara untuk diambil perhatian, persiapan laluan karpet yang jelas dibekalkan lebih awal, hiasan pokok pada dewan santapan, pemilihan pelajar yang hadir dan yang akan turut sama ‘semeja’ dengan tuanku, pengisian ‘sesi kosong’ menggantikan sesi tazkirah yang dimansuhkan saat akhir (atas sebab fokus audiens), bacaan doa disahkan lebih awal,