6 Mei 2025- International Conference and Workshop on Basic and Applied Science (ICOWOBAS) 2025 telah berlangsung pada 6 dan 7 Mei 2025 di Le Graunder Palm Resort, Senai Johor dengan penuh bermakna! Tahun ini, giliran UTM sebagai tuan rumah, menganjurkan persidangan yang telah berlangsung secara bergilir sejak 2007 bersama rakan-rakan kolaborasi dari Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia, Tishk International University (Iraq) dan Salahaddin University (Iraq).

Sepanjang persidangan ini, saya telah diberikan tanggungjawab sebagai timbalan pengarah (bengkel) dan saya turut diberi peluang untuk membentang sebagai speaker jemputan serta menyumbang tenaga sebagai juri pertandingan poster. Satu pengalaman yang cukup berharga dan bermakna, bukan sahaja dari aspek profesional dan ilmiah. Semoga semangat kolaborasi dan jaringan ini terus kukuh demi kemajuan sains dan masyarakat sejagat.


Recent Comments