17 Julai 2025 – Sebagai persediaan untuk kerja-kerja penambahbaikan oleh pihak kontraktor, kami telah mengadakan sesi gotong-royong bagi mengemas dan menyusun semula Makmal Kimia Alam Sekitar. Lebih meriah apabila sesi ini disertai oleh pelajar sarjana, pelajar semester akhir dan pelajar semester 3.


Kami bersama-sama membersihkan, mengatur semula peralatan, dan memastikan makmal berada dalam keadaan terbaik untuk kerja-kerja naik taraf yang bakal dijalankan. Gotong-royong ini bukan sekadar aktiviti pembersihan, tetapi juga mencerminkan semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab bersama terhadap persekitaran pembelajaran kita.
Sesi diakhiri dengan minum petang di He & She UTM sebagai tanda penghargaan kecil atas komitmen dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat.

Recent Comments